KLIK JANGAN TAK KLIK

28 Jan 2010

JIKA AKU JATUH CINTA???


"Awak selalu tulis kat dalam myspace dan blog,tentang "couple" tak jelas..Jangan zina hati...Saya nak tanya awak,kalau awak tiba-tiba jatuh cinta kat seorang perempuan,macam mana??Kan ni fitrah manusia.Mana boleh lari..."

   Kata-kata itu masih terbayang di minda saya..Inilah soalan yang ditanya kepada saya semalam oleh seorang kenalan maya saya melalui Yahoo! Messenger..Hati saya terasa seperti hendak luruh...Memang benar kata-katanya..Saya juga manusia.Adakah saya tidak mempunyai perasaan cinta dalam diri?Jika ini terjadi kepada saya..Adakah saya dapat mengawalnya?Ataupun saya akan hanyut?

~Hatiku merintih~

   "Ya Allah...Jika aku jatuh cinta,peluklah hatiku di saat aku mencintai seseorang lebih daripada mencintaiMu..
   Jika dia juga mencintaiku,Kau sentuhlah jiwanya agar dia mengerti cintaMu lebih utama...
 
   Ya Rahman...Jika aku memuji kecantikkannya,sedarkanlah aku bahawa tiada yang lebih indah melainkan Engkau...
   Jika dia berbicara tentang kebaikanku,sedarkanlah dia bahawa belas kasihMu melebihi segala-galanya...
 
   Ya Allah...Jika dengan cinta ini aku merasa kenikmatan,janganlah Kau hanyutkan aku dengan kenikmatan ini sehingga aku lupa nikmatnya bermunajat di sepertiga malam akhirMu...
   Jika dia juga merasa nikmat cinta ini,Kau gerakkanlah hatinya agar dia sedar bahawa nikmat syurgaMu lebih besar...
  
   Ya Rabbul izzati...Jika aku rindu padanya,jagalah rinduku ini supaya tidak merinduinya lebih daripada rindukan syurgaMu...
   Jika dia juga merinduiku,Kau tautkanlah hatinya supaya dia lebih merindui rahmatMu..
  
   Ya Allah...Jika aku perlu meninggalkannya demi mengekalkan cintaku kepadaMu,aku rela...
   Oleh itu,Kau kuatkanlah hatiku dan hatinya agar dapat melupakan cinta fana ini....  
 
 ~Sampai bila aku boleh bertahan?Sampai bila aku harus ketepikan perasaan aku? Ya! Jodoh.Aku percaya pada jodoh.~

24 Jan 2010

APA KATA WANITA BUKAN ISLAM TERHADAP MUSLIMAH???

    Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan.Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran,saya duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda yang bukan Islam. Tiba-tiba dua orang muslimah masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.Saya dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua muslimah itu, "Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!" Ketiga-tiga wanita bukan Islam itu akhirnya membayar dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.


   Saya alihkan pandangan saya kepada kedua-dua muslimah tadi. Tudung mereka yang labuh menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita bukan Islam .Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas saya berfikir berkenaan isu ini, saya merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki.Saya mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita bukan Islam tadi.

   Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita begitu ghairah dengan fesyen.Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.Sememangnya wanita yang berpakaian mengghairahkan boleh menarik perhatian lelaki,tetapi perhatian yang bagaimana? 
Fikir-fikirlah.....

22 Jan 2010

SYAITAN TAKUT PADA MANUSIA??

    Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu subuh.Entah macam mana, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir,manusia itu tidak mengerjakan solat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

    Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

    Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

    Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".


   "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gementar. "Syaitan menyambung..."Nenek moyangku yang dulu hanya sekali saja membantah perintah Allah sewaktu mereka diperintah untuk sujud kepada Adam..Itupun Allah telah melaknati mereka. Apalagi engkau yang hari ini saja telah lima kali membantah untuk sujud kepadaNYA.Tidak terbayang olehku bagaimana besarnya kemurkaan Allah kepadamu!"kata syaitan sambil berlalu pergi....

HA....MACAM MANA???

19 Jan 2010

IKHTILAT

     Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.


     Mengenai masalah ini saya tidak menggunakan pendapat saya semata-mata.Saya cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil  kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

   Perjumpaan atau pertemuan bukanlah diharamkan secara mutlak,tetapi harus bahkan dituntut jika tujuannya baik,memberi manfaat,menambah amal soleh(seperi menuntut ilmu) atau meminta pertolongan daripada kedua-dua belah pihak..

   Walaupun ikhtilat ini dibolehkan,tetapi ianya tetap berada dalam landasan islam.Kita sama sekali tidak boleh mengabaikan batas-batas yang ditetapkan oleh islam.

1) Menjaga pandangan oleh kedua-duanya(tak menjeling,memandang dengan syahwat).Seperti firman Allah:

 Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,
(31)

An Nuur : 30-31

2) Macam biasa,aurat.Seorang perempuan hendaklah mengenakan pakaian yang sopan,menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah....


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)


Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. (59)


Al Ahzab: 59

   Pakaian perempuan muslimah berbeza dengan pakaian wanita yang "tidak ketahuan" pakaiannya.Oleh itu,setiap orang yang memandang wanita berpakaian muslimah mesti menghomatinya.

3) Wanita perlu menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

4)Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya,


"Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan"

  Tidak patut jika dibiarkan api dan kayu diletakkan bersama melainkan "terbakar" bersama.

 5)Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong.

Khatimah......


    Hubungan antara lelaki dan wanita adalah harus dengan syarat tidak berlebihan.Secara amnya, kita sendiri perlu bertanya diri kita; kenapa kita memilih si fulan (lelaki/wanita) untuk berurusan dengannnya. Adakah kerana keperluan atau kebetulan atau ada niat lain di sebaliknya. Namun begitu, apa pun niat kita, selagi tidak berlebihan,tidaklah kita memasuki daerah haram. Cuma kita perlu menjaga hati kita agar sentiasa bersih dan tidak terjebak ke dalam yang haram di masa depan.

Wallahu Ta'ala A'lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h



17 Jan 2010

AWAS DARWINISME!!!

TV1 17 JAN 2.00PTG -Keluar dokumentari PLANET SCIENCE.... Dokumentari itu menceritakan bahawa asal semua benda hidup di dunia ini berasal daripada mikroorganisme yang bergerak kemudian bersatu menjadi pelbagai benda hidup.Bererti tiada yang menciptakan alam ini..Semua terjadi dengan sendiri... See More.. INI ADALAH SEBAHAGIAN DOKTRIN DARWINISME....siap tunjuk kitab THE ORIGIN OF SPESIES lagi... baru-baru ni isu nama ALLAH begitu hebat kerajaan menentang tapi dalam pada itu dokumentari-dokumentari yang membawa kepada kekeliruan yang amat jelas kepada manusia ,khususnya orang islam masih lagi ditayangkan.... Apa semua ni??... Mungkinkah mereka adalah sebahagian daripada gerakan freemansory??? Kita semua sama-sama kaji dan fikirkan........

13 Jan 2010

"COUPLE" YANG TAK JELAS??

   Jika ditanya kepada remaja kini tentang "couple", majoriti akan menjawab "i'm in relationship".....Seperti menjadi kewajipan kini setiap orang mempunyai pasangan sendiri.Kini kita tidak terkejut jika remaja berusia seawal 13 tahun pun sudah tahu ber"couple"
 
    Apabila difikirkan semula...Adakah "couple" mereka jelas?Maksud saya di sini adakah mereka memberi sepenuh komitmen kepada pasangan masing-masing?Saya pernah bertanya kepada seorang rakan saya yang sedang hangat ber"couple"..."Hang couple ni,hang betul nak kahwin dengan dia ke?"....Dia menjawab,"ish merepek je hang ni.."

   Berbagai-bagai persoalan menerobos kotak fikiran saya.Apa tujuan mereka ber"couple"?Saya bukanlah seorang yang "anti-couple".Jika "couple" itu jelas,couple yang mempunyai masa depan (untuk berkahwin),sememangnya boleh malah digalakkan.

  Tetapi kebanyakan remaja kini,mereka sendiri tidak tahu mengapa mereka ber"couple".Inilah keadaan yang perlu dibakulsampahkan.Kerana hal yang sebegini banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan.

Khatimah.........

 Tidak salah kita ber"couple",tetapi kita perlu tahu apa tujuan kita.Adakah "couple" kita mempunyai masa depan.

ANDA BACA ANDA TENTUKAN...

4 Jan 2010

TAKUT UNTUK BERDAKWAH????

  Semalam sebelum terlena,satu perkara berlegar-legar dalam kotak fikiran saya.Kenapa umat Islam kini takut untuk berdakwah?Mengapa saya berkata demikian?Semasa saya sedang melihat kuasa Allah(gerhana bulan) yang serentak dengan sambutan tahun baru masihi(2010) beberapa hari lepas,telinga ini terasa panasnya.Apa tidaknya...terdengar suara menjerit,ketawa,mengilai bagaikan esok tiada pagi!

  Dalam hati ini ingin bertindak,ingin mencegah,ingin menegur...Entah macam mana,ada kuasa menghalang...TAKUT!KECUT!.........Apa ni? Inikah "kekuatan" kita?

  Hey!Saya berfikir."Islam adalah agama yang benar.Kenapa aku takut membawa yang benar?"Sedangkan Orang kristian terus berani dan tanpa segan silu meneruskan dakyah mereka walaupun mereka sendiri tahu bahawa mereka salah dan terpesong.Adakah kita tidak yakin dengan apa yang kita imankan?

 Sedangkan Allah telah berfirman...

"Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah adalah Islam...(Ali Imran 19)

Jadi....Bingkaslah...Bangunlah....Kita memegang panji kebenaran.Kekuatan bersama kita.Mengapa perlu takut?INGAT!....Allah sentiasa bersama orang yang membawa kebenaran....

From...
-MASTERSKILL LIBRARY-

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA