KLIK JANGAN TAK KLIK

26 Mar 2010

KITA LEMAH???.......YA....KITA MEMANG LEMAH!!!


~Seorang lelaki pergi ke kedai mamak.Niat di hati ingin membeli makanan tengah hari kerana perut telah memberitahu otak bahawa ia perlu diisi dengan makanan.Lalu kaki pun melangkah menuju ke kedai.Sesampai sahaja di kedai,mulut berkata..Ane,nasi mau bungkus!!...Mamak menjawab...Layan diri!!..Telinga mendengar dan mata pun memulakan memilih.Yang berkenan di hati,sotong sambal.Maka,tangan pun memulakan peranan menceduk sotong yang telah lama diidamkan itu.Sebelum sotong itu diletak di pinggan,hidung memainkan peranan untuk menghidu sotong itu.Hanyir...Hidung menghantar maklumat  ke otak dan otak membuat keputusan bahawa  sotong itu sudah basi.Lalu tangan pun bertindak meletakkan kembali sotong itu..Cuba bayangkan jikalau hidung mengambil sikap berkecuali.Jika hidung tidak menjalankan tugasnya.SAH!! Lelaki tadi makan sotong yang sudah basi..~

   Inilah pentingnya kesatuan dalam komuniti manusia.Kita mungkin berbeza fahaman dari segi politik,kita mungkin lain dalam aspek pendidikan..Tapi ingat kita mempunyai persamaan..ISLAM..Ya...kita semua telah bersumpah..''Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"....Inilah sebabnya mengapa kita perlu bersatu...

   Saya selalu mendengar mulut-mulut berbicara bahawa umat Islam adalah umat yang lemah...Jawapan saya..Ya.Memang kita lemah.Mengapa kita lemah??kita lemah sebab kita tak bersatu.Kita lemah kerana muslim sendiri jatuhkan muslim yang lain.Mengapa kaum yahudi kuat sedangkan bilangan mereka jauh lebih sedikit daripada kita?Ya..sebab mereka bersatu..Mereka tidak akan biarkan walau satu pun dari kalangan mereka ditindas mahupun disentuh sedikit pun..Mereka akan bangkit memerangi kaum yang cuba menjatuhkan mereka.

   Kita sebagai kaum yang muda tidak boleh mengharap sangat untuk kita membetulkan pihak-pihak yang lebih "makan garam" daripada kita untuk memulakan langkah agar kita bersatu.Mengapa??Semuanya kerana dalam diri mereka telah kuat berpegang dengan "simbol"....Apa sahaja yang dilakukan oleh pihak yang ber"simbol" lain,semuanya salah.Semuanya ada yang tak kena. Jadi,kita yang muda inilah yang perlu memulakan rentak dari sekarang bersatu atas nama ISLAM.Hilangkan dalam benak fikiran kita tentang "simbol" dan mula mencari kebenaran.Saya sangat berharap bahawa akan datang wujud generasi baharu yang tidak mencari "simbol" dan hanya mencari apa yang benar.

21 Mar 2010

MENCARI DIRI

    Siapa diriku??Siapakah aku??Aku hanya pandai komen...Aku hanya pandai berkata kata..Aku langsung tidak melihat diriku...Aku saja yang betul..Aku saja yang sempurna...Ah!!Kenapa aku begini??

Aku yang bengkok..Layakkah aku luruskan orang lain?
Aku yang di dalam kegelapan...Pantaskah aku terangi yang lain?
Aku yang berada di dalam kesamaran..Bisakah aku menyuluh insan lain?
Aku sendiri masih tak berjumpa siapa diriku...Bagaimana aku mampu membimbing yang lain?

Aku tak layak!!Aku tak layak!!Aku tak layak!!

   Baru kini aku sedar,baru sekarang aku tahu..Aku masih berada dalam duniaku sendiri yang aku jadi raja pada diriku sehingga aku lupa aku hanyalah hamba.

~Andainya esok bukan milikku lagi..Ku pohon padaMu,agar malam ini aku dapat mengetahui siapa diriku yang sebenar.
Jika esok aku mampu terjaga..Ku meminta agar Kau luruskan aku,keluarkan aku dari kegelapan..Agar aku mampu terus menggalas perjuangan menegakkan agamaMu....~

17 Mar 2010

AKHIRNYA AIR MATAKU JATUH JUA........



 Akhirnya air mata yang ku simpan selama ini jatuh juga di tangan seorang wanita.

~Ketabahannya sangat aku kagumi.Dia langsung tak hiraukan kesihatannya walaupun aku tahu penyakit yang dihidapinya cukup serius.Dia sanggup tidak melanjutkan pejalarannya.Dia sanggup korbankan zaman remajanya.Apanya yang difikirkannya.?Dia hanya mahu menjaga keluarganya.Setelah ibunya baru dikeluarkan daripada wad,kini kakaknya pula dimasukkan ke dalam wad.Saat aku menziarahi rumahnya.Aku melihat senyuman terukir di wajahnya.Tapi aku tahu itu hanyalah sekadar senyuman kosong.Dan aku tahu di dalam hatinya penuh kepayahan yang ditanggungnya.Apabila aku memikirkan tentang segala ujian yang ditanggungnya,air mataku mengalir.~

Ya Allah,ku mohon kepadaMu sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan.Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihMu.Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan.Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini.....Amin ya Rabbal 'alamin....

15 Mar 2010

DULU UNIC....KINI UNIQUE...

                                                                   
   Setelah saya diberitahu oleh  Abg Alan(bekas anggota UNIC) sendiri bahawa beliau dan Abg Fitri(juga bekas anggota UNIC) telah keluar daripada kumpulan UNIC,kini saya telah mendapat berita baharu bahawa UNIC kini bergelar UNIQUE.

  Mengapa UNIC menukar nama?Menurut pengurus mereka,UNIC @ UNIQUE telah pun menamatkan kontrak dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd dan sekarang bergerak sendiri (UNIC Entertainment). Oleh sebab itu, Hijjaz Records tidak membenarkan lagi menggunakan nama UNIC kerana nama itu adalah hak milik mereka.

  Tak kiralah UNIC ke..UNIQUE ke....Yang penting mereka tetap sama tetap MANTOP!!!...

*Album terbaru in team bersama UNIQUE (Nur Muhammad) telah dilancarkan 12 Mac yang lalu...Album ini mengandungi 13 trek (10 selawat 3 qasidah) yang pastinya MANTOP!!!....

p/s DAPATKAN YG ORIGINAL!!

12 Mar 2010

KEPADA SI WANITA..........AWAS DENGAN LELAKI.....(pendedahan berani mati)

   Cantik siot awek tu!!!kalau aku dapat....huh...tidur awal bangun lambat hari-hari!!.....
Itulah lelaki..Tapi persoalannya di sini,bagaimana dia memancing untuk mendapatkan wanita itu??dengan berjubah berserban??bertasbih ke sana kemari??SAH MAMAT TU PENIPU.....Macam-macam idea yang akan lelaki fikirkan untuk mendapatkan juga wanita itu.

   Akan muncullah satu kata-kata hikmat...."Saya tak tengok pada rupa awak cantik ke tak...Saya tak kisah pun benda tu semua..Kecantikan tu sementara je..Hatilah yang akan berkata jujur pada saya"Adakah wanita akan mempercayai lelaki ini??....Ya!Dia akan percaya..

   Hakikatnya pada zaman sekarang ini ayat-ayat sebegitu hanyalah propaganda seorang lelaki untuk memancing wanita.Lelaki sememangnya hanya memandang dari sudut luaran,berbeza dengan wanita yang lebih mementingkan perangai yang baik,'caring' dan bersikap jujur (tak kurang juga yang lihat pada isi poket)..

  Ada juga lelaki yang akan menjadi seorang yang 'caring' untuk mendapatkan si wanita..Sebenarnya,cara inilah yang paling berkesan untuk mendapatkan si wanita.Wanita  sememangnya akan mudah cair dengan sifat lelaki yang sebegini.Ayat yang selalu digunakan oleh lelaki yang menggunakan taktik ini....."1)Awak dah makan ke belum?Kenapa awak tak makan lagi?Nanti awak sakit la.....Dah!Pergi makan tu....nanti sakit...Saya paksa awak makan ni....2)Dah malam ni,kenapa tak tidur lagi?Tak eloklah tidur lambat-lambat ni...Awak tu perempuan..

  Khatimah.....

   Kebanyakan wanita pada zaman ini telah banyak dipermainkan dan diperbodohkan oleh kebanyakan lelaki. Jadi wanita harus bersikap lebih berhati-hati dalam memilih lelaki sebagai kawan mahupun teman.Sememangnya tak semua lelaki bersikap seperti di atas.Tapi pada era sekarang ini,majoriti lelaki memang macam tu lah...Penulisan ini saya tujukan kepada wanita-wanita yang sememangnya ikhlas menjaga maruah diri mereka.Kepada yang memang menjadikan kegedikkan dan sosial sebagai sifat asli mereka,saya berdoa agar Allah menyedarkan mereka..

10 Mar 2010

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia....

1. Al Fatihah. Setelah hampir lima dekad menabur khidmat dalam perkembangan ilmu, tarbiah dan dakwah, Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, telah dipanggil mengadap Ilahi dalam usianya 81 tahun.
2. Beliau meninggal dunia selepas serangan jantung ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi hari ini. Televisyen Mesir berkata, Syeikh Muhammad mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

3. Menurut Agensi berita MENA, kedatangan As Syeikh Muhammad ke Riyadh adalah bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.
4. “..Berita bapa meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan. Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," kata Amr Tantawi, anak lelaki Syeikh Muhammad.

7 Mar 2010

JAWAPANKU KEPADANYA

 Sabtu 6 mac 2010...Saya sampai di sekolah lama saya..Tujuannya untuk menonton acara sukan tahunan yang berlangsung pada hari itu..Hati ini begitu gembira kerana dapat berjumpa guru-guru yang disayangi..

  Walaupun cuaca agak terik,tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada peserta-peserta untuk berjuang mendapatkan kemenangan bagi rumah sukan masing-masing...

  Yang paling menjadi tumpuan adalah acara yang melibatkan sekolah-sekolah jemputan..

   Semasa sesi penyampaian hadiah,saya duduk dikhemah bersama guru yang mengajar saya bahasa inggeris pertuturan (spoken)..."Sir..Sekolah kita kalah la acara sekolah jemputan.."...Saya memulakan bicara.."Sekolah kita kalah sebab baju kita berat,dengan tudung lagi..Seluar panjang..Tengok sekolah lain..Mereka menang sebab baju ringan..Seluar fit."Jawab cikgu saya.

   Tersentak dengan kata-kata itu saya terus menjawab.."Kalah menang memang adat la sir...Walaupun kita kalah,tapi Islam tu terjaga.Itu yang paling penting bagi orang Islam.Walaupun menang,tapi syariat tergadai,tak guna juga...Kita bukan bersukan untuk menang,kita bersukan untuk cergaskan badan".

   Itulah jawapan saya kepada orang yang cuba mempertikaikan hukum Allah.

Khatimah...

  Orang Kristian akan membawa dakyah mereka secara halus.Kita sebagai orang Islam harus berhati-hati dengan dakyah yang dibawa oleh mereka.Oleh itu,perkuatkanlah diri kita dengan ilmu agama agar kita boleh menjawab segala apa yang mereka dakyahkan...

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA