KLIK JANGAN TAK KLIK

28 Feb 2010

BERDAKWAH ITU KEPUASAN..

 Minggu ni saya tinggal seorang diri di apartment.Kawan-kawan pulang bercuti maulidur rasul...Ah!kadang-kadang rasa bosan muncul..Kunci motorsikal terus dicapai,helmet diambil..Setelah itu saya memecut motorsikal entah kemana...Tanpa tujuan...Ipoh memang bukan tempat untuk orang bersantai..Hanya syurga bagi siapa yang minat membeli belah..Saya memberhentikan moto saya di Taman Rekreasi(padang polo)...Di situ terdapat sekumpulan "brothers" sedang membuat pertandingan "drifting" kereta kawalan jauh.Saya tertarik dengannya,lalu saya menonton demi menghilangkan kebosanan.



 Sedang asyik menonton kelincahan kereta-kereta beraksi,saya tertoleh di suatu sudut gelap dibawah pokok.Sepasang "suami isteri" yang mungkin sudah ber"kahwin" ,tapi yang pasti masih belum bernikah sedang asyik melayan asmara melepas rindu dendam.Hati ini berasa hangat.Ingin menegur tapi tak berani.

  Akhirnya kekuatan itu muncul..Saya memberanikan diri menegur mereka..."Assalamua'alaikum..buat apa dalam gelap ni?tak malu kat Allah ye..?...Seperti yang dijangka.."Kau sibuk kenapa??Aku tak kacau hidup kau pon..kau jaga diri kau dah la...kubur aku kubur aku kubur kau kubur kau..Sibuk je dia ni kan sayang??...Si perempuan hanya membisu..Hanya lelaki yang bersuara(nak tunjuk hero depan awek la tu)...Dalam diri timbul perasaan marah,tetapi tidak boleh diterjemahkan dengan kata."Saudara...Memang kubur lain-lain..Sebab tu saya nak bantu saudara sekarang,sebab di kubur nanti tiada siapa yang boleh bantu saudara".

  Mereka hanya diam.Saya pun pergi dari situ...Saya terus menghampiri motorsikal..Enjin dihidupkan.Ekor mata saya ternampak sepasang kekasih tadi menghampiri saya.Saya yang keseorangan di situ agak takut kalau-kalau lelaki tadi belasah saya.Rasa berdebar dan resah tetapi bersedia menerima apa jua kemungkinan.Rupa-rupanya pasangan itu menerpa saya untuk meminta maaf dan mereka berjanji tidak akan buat perkara itu lagi...Saya berkata pada mereka tidak perlu minta maaf dan berjanji pada saya.Minta maaf dan berjanjilah pada Allah.

Rasa yakin,seronok dan puas muncul dalam diri apabila yang kita sampaikan diterima orang..Sejak malam tadi saya telah yakin dan tidak malu dan takut lagi untuk berdakwah...

Kita adalah pendakwah bukan penghukum !

21 Feb 2010

ANJING DAN AWEKMU

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. hang kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang hang anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat hang memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

16 Feb 2010

~SELAMAT TINGGAL ZHARIF~

 
Muhammad Zharif
  Sewaktu kelahirannya,sayalah orang yang paling gembira,walaupun kegembiraan ini tidak diterjemahkan secara terang-terangan hanya disimpan di dalam hati.Walaupun kami(saya,kedua ibubapa,abang, adik dan kakak pertama) tidak pernah melihatnya secara berdepan kerana kakak saya berada di Sabah,tetapi kami merasa dia sangat dekat di hati kami kerana kakak selalu menghantar gambarnya kepada kami....

  Muhammad zharif,anak pertama kakak kedua saya yang juga cucu pertama keluarga kami telah dilahirkan pada 4 haribulan 1,2010 bersamaan 18 muharram 1431.Berita ini kami terima dengan hati yang begitu gembira tidak terkata.Zharif dilahirkan di Sabah,jauh dengan kami.Kami hanya dapat melihat wajah Zharif melalui gambar yang dihantar melalui MMS dan YM daripada kakak saya.d

   16 haribulan 2,2010 bersamaan 2 rabiulawal 1431,seisi rumah kami menjadi suram apabila kakak saya menelefon mengkhabarkan berita yang sangat membuatkan hati saya yang begitu tenang kacau bilau...MUHAMMAD ZHARIF sudah kembali ke rahmatullah...

 Tiada kata boleh diucapkan lagi.Tiada apa yang boleh dibuat lagi...Hanya kesedihan yang ada..Mungkin adanya himmah disebalik semua ini..
 Ya Allah tenangkan lah jiwa kami dalam menghadapi semua ini.....

 
Allahyarham Muhammad Zharif(anak saudara pertama saya) 

3 Feb 2010

HAKIKAT KEGEMBIRAAN....

  Petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke asrama, bas yang kami naiki begitu riuh dengan gelak tawa.Semuanya kerana hendak melepaskan rasa "tension" sewaktu kelas kimia (tak faham apa yang di ajar).Gurauan demi gurauan dibuat untuk menggembirakan diri.

  Setelah penat dengan gurauan,bas kembali sunyi.Tetapi fikiran saya tidak sesunyi itu....

  Kegembiraan??Adakah tadi itu kegembiraan? Tiba-tiba hati ini bergelojak,mencari erti sebuah kegembiraan..Pernah juga terfikir....Apakah kegembiraan akan diperoleh dengan keluar bersama rakan-rakan lelaki dan perempuan, bercampur gaul tidak mengenal batasan lantaran hati ini masih lagi remaja, lantaran kelemahan iman, lantaran diri masih kurang jelas. Namun hati ini sedar suatu hakikat, bahawa gembira bukan di situ, tetapi dengan berlaku jujur pada diri, dengan menjadi diri yang telah ditarbiah secara islam.Saya teringat petikan kata-kata:-

Kegembiraan itu bukan pada istana Abdul Malik bin Marwan, bukan pada pasukan Harun al Rasyid, bukan pula pada rumah mewah Al-Jashshash, dan bukan pada harta simpanan Qarun.
Kebahagiaan juga bukan pada kitab Asy-Syifa karya Ibn Sina, bukan pula pada diwan (himpunan syair) Al-Mutanabbi, dan bukan pada taman- taman Cordova.

  Betul..Kegembiraan sebenarnya ada dalam diri kita,diri yang sentiasa ingat pada illahi
Ingatlah rakan-rakan.. Berhentilah mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang, kejarlah peluang kegembiraan yang sudah ada di depan mata.. IAITU DENGAN MENGINGATI ALLAH..

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA