KLIK JANGAN TAK KLIK

18 Aug 2016

Catatan Terakhir Sang Bujang

Assalamu'laikum Warahmatullah...

Lama sudah tidak menjengah. Bukan kerana lelah.
Tapi malasnya hendak menulis selalu menerjah.
Bukan apa, apabila jari di papan kekunci sudah.
Ada saja hal datang menjengah.
Jadi kerana itu semuanya jadi terlengah.

Huh, perasaan bercampur baur. Hati menjadi kecur.
Tidak tahu lagi apa mahu ditutur. Oleh itu, apa yang tuhan telah atur.
Terima sajalah dengan akur.

Setelah undangan perkahwinan aku dibuat secara berleluasa dalam facebook, ramai juga yang bertanya padaku apakah persiapan aku untuk menghadapi gerbang perkahwinan yang hendak mendatang. Jawapan aku senang saja. Penuhkanlah dadamu dengan segala ilmu.

Tapi jangan engkau fikir ini kerja sehari dua. Bukan juga sebulan dua. tetapi makan tahun punya kerja. Teringat pula kata-kata Sang Pendita lama :-

"Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum dia dilahirkan"

Ini bermakna, proses tarbiyah kekeluargaan perlu bermula daripada Sang Ketua Keluarga, iaitu diriku sendiri. Jika aku kurang ilmu bagaimana aku hendak berharap anakku nanti menjadi seorang yang berilmu?

Bermula dengan mengenal diri sendiri. Mencari segala kelemahan yang terlekat pada diri. Berusaha memperbaiki dengan sepenuh hati. Mengajar diri agar sentiasa tenang. Walau apa pun yang datang, hadapilah ia dengan matang. Perbanyakkan selawat pagi dan petang. Tidak dinafi lidah adalah yang paling sukar untuk dijaga. Seringkali terlepas yang tak sepatutnya diperkata. Acapkali menyesal sehingga terbit air mata.

Aqidah yang benar perlu dijaga. Kerana dunia kini macam-macam halnya. Pada hari pertama dengan isteri duduk bersama, soal aqidahnya perlu diuji juga ditanya. Supaya tidak susah di kemudian hari nanti...aduii naya...

Perlu aku tahu, perempuan ini makhluk pelik. Apa yang mereka perkata seringkali terbalik. Ketawa berdekah dalam marah. Menangis tapi bukanlah dalam gundah, itu langsung tidak pelik. Senyap, tenang dan jangan menambah tekanan. Itulah solusi terbaik. Bertolak ansur, sentiasa menegur dan segala keputusan yang hendak dibuat perlulah dirancang atur. Barulah rumahtangga mu aman dan makmur.

Perempuan seringkali tersilap. Mereka selalu fikir bahawa hanya lelaki yang perlu faham akan segala hal agama. Aqidah juga feqah. Kerana mereka sangka apabila mereka berumahtangga, suamilah yang akan mengajar segala benda kepada mereka. Mereka lupa bahawa ilmu fardhu 'ain itu wajib bagi setiap manusia. Tidak kira priya mahupun wanita. Tugas para suami hanyalah sebagai pentaksir sahaja. Menegur jika si isteri ada salah atau silap dalam segala hukum hakam agama. Jadi sedarlah segala wanita. Jangan terus terleka dengan hanya mengejar ilmu dunia sehingga terlupa akan hal-hal agama. Sampaikan apa jenis darah yang keluar daripada mereka pun mereka masih tidak tahu akan jenisnya. Ghopra Jinggaaaa~

Catatan buat rakan juga taulan. Yang dekat ataupun berjauhan. Jika engkau sudah dipanggil seru. Jika ada sesiapa mahu menjadi pasanganmu. Muhasabahlah diri dahulu. Adakah dada sudah ada ilmu. Untuk mendepani jalan berliku. Tadahlah tanganmu. Mohon petunjuk daripada Yang Maha Satu.

Semoga berjaya wahai sahabatku. Doaku ini sentiasa bersamamu. Begitu juga aku. Sentiasa mengharap doa dan ingatan tulus daripadamu.

-Ibnu Sabil-





Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA