KLIK JANGAN TAK KLIK

16 Nov 2011

APA YANG PERLU DIKEJAR?

   Seorang lelaki duduk berseorangan. Dia diselubungi kesedihan yang sangat dalam. Kesemua binatang melihatnya lalu mendekati lelaki itu. Binatang-binatang berkata, "kami tak suka melihat kamu berada dalam kesedihan, mintalah apa saja kepada kami, kami akan tunaikannya." Lelaki tadi berkata, "aku mahu penglihatan yang tajam." Lalu burung helang berkata, "ambillah penglihatanku ini."  Lelaki itu berkata lagi, "aku mahu menjadi kuat." Si gajah pula menjawab "ambillah kekuatanku ini, kamu akan menjadi kuat seperti aku." Lelaki itu meminta lagi, "aku mahu mengetahui rahsia-rahsia yang ada di muka bumi ini." Ular pula berbicara, "aku akan tunjukkan kepadamu." Lalu lelaki itu mengikut binatang-binatang tadi.Setelah lelaki tadi mendapat segala hajatnya, dia pun pergi.

   Burung hantu berkata kepada binatang-binatang lain, "Kini, lelaki itu telah mempunyai banyak pengetahuan dan berupaya melakukan banyak perkara." Rusa mencelah, "dia telah dapat segala yang dia inginkan, tentu dia bahagia dan hilanglah segala kesedihannya." Burung hantu menjawab, "tidak,tidak,tidak....Aku lihat ada suatu lubang dalam lelaki itu. Lubang itu seperti suatu kelaparan yang tidak akan penuh. Lubang itulah yang membuatkannya sentiasa bersedih dan mahukan sesuatu. Dia akan meneruskan perjalanannya mengambil dan terus mengambil sehingga satu hari dunia ini berkata kepadanya, "aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan..."

   Manusia dan ujian adalah perkara yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Setiap manusia mesti akan diberikan ujian. Tetapi adakah kita semua sedar bahawa ujian yang paling besar ialah dunia. Ya! DUNIA....Dunia adalah suatu elemen yang boleh membawa manusia jauh daripada akhirat. Kita sentiasa merasa dunia adalah perkara yang dekat dan perlu dikejar. Sedangkan islam mengajar kita bahawa dunia itu perkara yang jauh. Dunia juga bermaksud "mencapai buah anggur yang tak akan dicapai." Inilah sifat dunia. Kita tak akan dapat mengecapi dunia kerana dunia akan terus berlari dan kita akan terus mengejarnya.

   Sabda nabi yang diriwayatkan oleh imam bukhari "Seandainya anak Adam diberikan dua gunung emas maka tidak akan puas. Pasti mereka bertanyakan mana gunung emas yang ketiga." Inilah sifat manusia yang tamak dan selalu mengejar dunia. Manusia tak akan pernah puas mengejar dunia.
 
   Sebenarnya kita lupa bahawa kita dicipta sebagai roh dan diletakkan dalam sebuah jasad. Jasad itu hanyalah sebuah "alat" yang menjadi kenderaan kepada roh untuk kehidupan di dunia yang sementara ini. Roh kitalah yang kekal abadi yang akan meninggalkan dunia ini dan menuju ke alam akhirat. Sebagai alat, jasad sepatutnya digunakan untuk membina dan memberi makanan yang baik untuk roh. Makanan kepada roh adalah amalan baik yang dilakukan untuk bekalan di akhirat. Sebaliknya,  kita serahkan segala kehidupan kita untuk jasad yang hanya menjadi "alat" kepada roh. Kita bertungkus lumus bekerja keras untuk memberi kenikmatan untuk "alat" kita. Sementara roh kita, kita biarkan dahaga dan kelaparan.

Khatimah...

   Ingatlah...Walau sekuat mana pun kita mengejar dunia, dunia pasti akan kita tinggalkan. Berusahalah kita mengejar akhirat kerana itulah tempat yang kita semua akan tuju dan kita akan kekal abadi di sana.

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA