KLIK JANGAN TAK KLIK

27 Dec 2009

SETIAP MANUSIA ADALAH DA'IE

1)"Ahh...aku pon bukannya baik sangat,nak tegur orang"
2)"Ala...ramai lagi org yang pandai pandai dalam agama...biarlah mereka yang tegur.."

     Ada juga yang mengatakan mengapa perlu jadi 'busy body'...Tak perlu jaga tepi kain orang...biarkan saja..Adakah kita semakin menjadi manusia yang nafsi nafsi (individualistik)?.Mementingkan diri sendiri?

APA YANG MEREKA FIKIRKAN?

    Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

    Bagi saya,tugas menegur dan berdakwah bukanlah tugas ustaz ustaz semata mata.Setiap manusia adalah da'ie yang wajib menegur jika terlihat kesilapan dan kesalahan.Dan wajib juga mengajak manusia ke arah kebaikan.

    Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Menjadi fitrah manusia iaitu selalu lupa dan terburu buru.Jadi kita harus ingat mengingati antara satu sama lain.Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran.

   Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

   Siapakah golongan itu?Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

   Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

   Jadi...Apa termenung lagi?Allah melihat segala usaha baik yang kita lakukan.Teruskan berdakwah...

11 Dec 2009

ISLAM DAN MUZIK

     Adalah menjadi fitrah pada setiap insan inginkan hiburan.Muzik adalah satu elemen hiburan yang paling besar.Elemen muzik memang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia.

    Semasa sedang mendengar pembentangan daripada rakan kelas saya yang berkisar tentang muzik dan agama(pembentangan bebas yang tiada kaitan dengan jurusan yang saya ambil),saya mula berfikir,adakah Islam mengharamkan muzik?Adakah Islam yang syumul ini menafikan bahawa setiap manusia mempunyai fitrah untuk berhibur?

Pertama tama mari kita telusuri apa itu muzik......

    Mengambil definisi oleh rakan-rakan,muzik itu adalah sebarang bunyi-bunyian yang terhasil daripada apa jua medium termasuk  daripada kotak suara(Nyanyian).Sememangnaya muzik itu sangat luas.

Berbalik.Adakah Islam yang syumul ini menafikan bahawa setiap manusia mempunayai fitrah untuk berhibur?

    Hiburan seperti muzik merupakan hak batin manusia dan manusia mempunyai perasaan.Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak
tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala:
“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali
yang baik (syurga)”
Ali Imran : 14

    Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Di sinilah terpancarnya keunggulan Islam dalam memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di bumi Allah SWT yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui selok belok dan kehendak hambaNya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan olehNya
kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini.

FirmanNya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan
mengharamkan rezeki yang baik.”
Al-A’raaf : 32

FirmanNya lagi:
“Jangan kamu lupa bahagian kamu daripada kehidupan dunia ini.” Al-Qasas: 77
 

    Menjadi masalah pada zaman sekarang adalah muzik yang dimainkan pada era kini banyak berbentuk maksiat.Menari tanpa malu dan menyanyi tanpa batasan.

    Kesimpulannya,muzik tidak haram jika tiada unsur unsur kotor,jorok dan mengngundang syahwat.JADIKAN ISLAM ITU INDAH.
   

  

8 Dec 2009

BENARKAH ISLAM ITU MUDAH???


     Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

    Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah…"
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.

    Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 yang bermaksud : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

     Contoh yang ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wudhuk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayammum.

     Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padannya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.

     Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu.Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.

    Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatihah) atau 7 ayat Surah sebagai ganti Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca Surah Al-Fatihah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

    Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

  • Solat dalam Islam tidak membebankan manusia, malah ia merupakan suatu amalan yang digemari kerana selain dari menjadi ibadah menyembah Tuhan, ia juga akan;
  • Melatih daya pemusatan pemikiran
  • Meningkatkan rasa keikhlasan terhadap Allah
  • Melatih diri ke arah ketepatan waktu
  • Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
  • Memberi kerehatan saraf
  • Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T.
  • Menanamkan rasa muhibbah dan semangat perpaduan menerusi solat yang dilakukan secara berjemaah
      Begitu juga aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

      Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

      Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T. dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu indah.

5 Dec 2009

BIODATA IBLIS

Nama :                        Iblis Laknaktullah
Tarikh lahir:                Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status:                        Fasik kelas pertama
Agama:                        Kufur
Tempat tinggal di dunia:    Dalam hati mereka yang lalai 
Tempat tinggal di akhirat:    Neraka jahanam
Kawasan legar:            Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan:        Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di dunia:         Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah,rasul dan suaminya
Kaum kerabat:        Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan:        Angan-angan kosong
Tempat pertemuan:Pasar-pasar(pusat membeli-belah)
Musuh ketat:          Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
Kegemaran:            Melalaikan orang daripada mengingati Allah,menggoda dan menyesatkan
Cita-cita/matlamat:    Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka  jahanam
Kelemahannya:    Apabila orang membaca istighfar
Lambang:            Sebarang tatu
Pejabat operasi:    Tandas,bilik air,tempat kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi:    Golongan munafik serta syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia
Sumber:                Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Perkhidmatan:    Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Teman Sejawat:     Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran
Ganjaran:                        Dosa dan kemurkaan Allah
Berkomunikasi dengan:    Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,menghasut,pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran:         Daging orang mati,segala najis dan kotoran
Yang ditakuti:        Orang mukmin yang bertaqwa,beriman dan beramal
Yang dibenci:        Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap:    Wanita cantik,model,pelacur dan seumpamanya
Tempoh perkhidmatan:        Sehingga hari kiamat
Saat ajal:             Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat
Yang disukai:        Homoseksual (lesbian & gay)
Janji-janji:                 Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis:     Bila orang sujud kepada Allah
                 

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA