KLIK JANGAN TAK KLIK

23 May 2010

~AKANKU CERITA PADAMU~

Akanku ceritakan padamu tentang hal itu...

~Dalam diriku aku langsung tak kenal dan tak mahu mengenali apakah ia...Tapi mengapa ia datang mendekat?Aku cuba menafikan ia namun hanyalah sia-sia...Mereka selalu bertanya tentangnya padaku dan aku selalu memberi pendapatku tentangnya.Tetapi dalam hidupku,aku tak pernah merasai hal itu..Aku sangat mengerti ia adalah fitrah~

     ~Ahh,Cinta.Cinta dan Cinta! Tak kan pernah putus.Terutama dari bualan sang teruna dan si dara. Tak kan lepas dari kalimat yang terbalut kemas dihadiahkan oleh seorang pencipta. Terbukti dengan perlakuan sang pencinta itu sendiri.

     Mengapa apabila kita terlihat kalimah cinta,dalam fikiran kita hanya terbayang cinta si teruna dan si dara.Atau mungkin cinta itu dipanjangkan lagi dengan hubungan yang kononnya "islamic" mahupun yang disulami dengan kemaksiatan.

Jadi???Apa makna cinta?

   Mustahil untuk aku menceritakan apa itu cinta.Tapi kita akan telusuri sifatnya kerana cinta itu umpama iman yang tersembunyi dalam hati dan buktinya terserlah pada setiap gerak geri dan perlakuan.Pada setiap langkah yang bertapak dan seluruh nafas yang dihembus.

   Dan pada cinta itu wujudnya pengorbanan.Pengorbanan yang cukup hebat.Yang sanggup memberikan nyawa dan segala yang punya.Kerana cinta itu sifatnya pengorbanan.Majnun menjadi gila kerana Laila.Oleh sebab cinta si ibu bertarung nyawa untuk membolehkan anaknya melihat dunia,si ayah memerah keringat memberikan anak-anaknya keselesaan.
    Dan kerana cinta, Hassan Al Banna terkorban kerana ditembak.Kerana cinta jugalah Syed Qutb syahid digantung.

ADA BEZA CINTA HASSAN AL BANNA DENGAN CINTA SI MAJNUN.....

   Pada cinta juga terletaknya nikmat.Kenikmatan yang luar biasa.Kerana sifat cinta itu nikmat,si gadis menyerahkan segalanya.Lari dari rumah demi bertemu yang dicinta.Memutuskan hubungan dengan ibu ayah untuk menjalinkan hubungan dengan si teruna.
   Kerana nikmat juga Yusuf AS memilih kehidupan penjara.Kerana nikmat juga Muhammad SAW tidak berhenti berjuang.

ADA BEZA NIKMAT CINTA YUSUF AS DENGAN NIKMAT CINTA SI GADIS....

   Akan aku jelaskan cinta yang kau pegang dengan cinta yang aku pegang.Dan aku mahu cinta yang kau pegang juga sama seperti yang aku pegang.

   Bagi aku bezanya cinta adalah pada dasar cinta itu sendiri.Pada apa yang kita pegang.Cinta si Majnun dan si gadis adalah didasari dengan dasar manusiawi.Ditolaknya oleh Laila cinta si Majnun,gilalah si Majnun.Terlekanya si gadis dengan nikmat cinta,hancurlah si gadis.
    Pabila cinta itu didasarkan dengan cinta Allah yang menjadi sumber kepada cinta itu sendiri,Syed Qutb berani berhadapan dengan tali gantung demi berjumpa dengan yang dicintainya iaitu Allah itu sendiri.Yusuf AS sanggup menolak nikmat yang sementara di dunia demi nikmat yang kekal di akhirat.

   Setelah cinta itu meletakkan Allah sebagai dasar,segalanya akan menjadi indah andai seksaan yang kita tempuh di dunia.Segalanya megah dan tinggi walaupun susah dan payah mengharung jalan oleh sebab dia tahu Pemilik yang dicintanya ada menantinya.

   Aku tidak menentang kecintaanmu pada manusia kerana aku juga ada perasaan cinta itu pada hati ku.Tetapi aku mahu kamu meletakkan cintamu pada tempat yang benar dan hak. Aku ada dasar cintaku.Kamu??~~ 

15 May 2010

BERGURU DENGAN KANAK-KANAK....

    Pengalaman saya mengikuti program bakti siswa yang dijalankan selama seminggu di kampung Padang/Pauh sememangnya satu pengalaman yang amat tinggi nilainya.Bermacam-macam ilmu yang baru telah saya timba di sana.
    
    Seperti biasa,kanak-kanak sekolahlah yang menjadi tumpuan saya kerana saya begitu suka terjun ke 'dunia' mereka.Walaupun jadual aktiviti program itu sungguh padat,tetapi saya tetap mencari peluang untuk bersama-sama dengan kanak-kanak kampung tersebut.

    Saya membawa diri saya terjun ke dunia mereka semata-mata ingin mencari sebanyak mana ilmu daripada mereka.Bermula dengan anak-anak orang asli,saya cuba menyelami suka duka mereka dalam dunia yang dipenuhi dengan alam semulajadi.Di sini saya lihat mereka begitu matang menggunakan sumber semula jadi sebagai bahan untuk mereka bermain.Mereka tidak seperti kanak-kanak bandar yang bermain dengan benda-benda yang dibeli dari pasar raya dan kedai-kedai permainan.Mereka lebih cepat matang berfikir untuk lebih berdikari dalam dunia mereka.

   Di kampung Padang/Pauh,saya cuba menjadi sahabat dengan kanak-kanak kampung tersebut.Di sini saya mengkaji gelagat-gelagat mereka dalam berkawan dan berkomunikasi.Apa yang mereka fikir,apa yang berada di hati mereka,itulah yang akan mereka keluarkan melalui lisan.Tidak satu pun yang mereka olah sebelum mereka bercakap.Kejujuran kata-kata yang keluar dari mulut mereka membuatkan saya selesa dengan mereka. 
 
     Terkadang saya berasa hairan dengan sikap segelintir orang dewasa yang memandang pelik apabila saya begitu rapat dengan kanak-kanak dan ada yang memberitahu saya supaya jangan terlalu memanjakan mereka supaya mereka tak 'memijak kepala' kita.Bagi saya,kita perlu masuk ke alam mereka supaya kita tahu apa yang mereka rasa,apa yang mereka inginkan dan kita boleh sama-sama memperbetulkan apa yang mereka salah dan memperbaiki apa yang kita kurang.

Khatimah...
  
     Ya,memang mereka nakal.Itulah budak-budak.Tapi adakah dengan alasan mereka nakal kita boleh menjauhi mereka?Kitalah yang patut mencorak mereka supaya mereka boleh lebih matang dalam berfikir.Jika kita terus membiarkan mereka,sampai bila pun kanak-kanak tetap menjadi nakal dan tak hairan mereka akan menjadi jahat.

8 May 2010

CINTA SEORANG LELAKI...

    Selalunya kita sering mendengar kata-kata daripada wanita bahawa lelaki tak jujur,suka mempermainkan wanita,buaya darat..Ya,sebagai seorang lelaki saya tidak langsung menafikan kenyataan tu.Itulah lelaki.Tidak seperti wanita yang sentiasa bermain dengan perasaan.Jika telah bercinta,wanita merasakan lelaki itulah yang terbaik dan akan menjadi pasangan dunia akhirat.Si lelaki pula,aku "couple" ni,saja je...Seronok-seronok.

   Tetapi,adakah lelaki tidak ada perasaan cinta?Bagaimana pula cinta sang lelaki?.....

    Lelaki tidak akan terlalu mudah jatuh cinta.Memang wujud lelaki yang mudah melafazkan kata-kata seperti "I love U".Tetapi itu hanya kata-kata,kerana lelaki amat susah untuk benar-benar jatuh cinta.Apa yang hendak saya nukilkan di sini adalah bagaimana jika lelaki benar-benar jatuh cinta.

   ~Lelaki telah jatuh cinta pada seseorang wanita jika dia begitu malu dengan wanita itu.Sehingga hendak mengangkat pandangan mata pun terasa begitu berat,apatah lagi berbicara.Dia akan menganggap wanita itu sempurna di matanya.Jika selama ini dia seorang yang banyak bercakap,tetapi di hadapan wanita yang di cintainya,dia bagaikan si bisu.

    ~Lelaki jatuh cinta apabila dia sanggup melakukan apa saja demi wanita yang dicintainya tetapi tidak mahu wanita itu mengetahuinya.Jika dia tahu wanita itu dalam kesusahan,air matanya turut mengalir.
  
     ~Lelaki jatuh cinta apabila dia sangat mengambil berat tentang wanita yang dicintainya walaupun dari jauh.Dia sentiasa akan bertanya kepada sesiapa saja untuk mengetahui tentang wanita itu.

     Itulah sebenar-benar cinta bagi sang lelaki.Kehebatan cinta yang datang dari hati lelaki amat pelik,amat aneh.Sesuatu perkara yang sukar hadir dan apabila ia hadir ia cukup hebat.Inilah sifat lelaki yang begitu jujur dalam percintaan dan rasa cintanya langsung tidak dinodai oleh nafsu.Cinta adalah fitrah yang suci yang diciptakan oleh Allah untuk manusia.Tetapi apabila nafsu mengawal cinta,hilanglah kesucian cinta itu...

Khatimah....
  
   Lelaki yang benar-benar mencintai wanita tidak akan mengajak wanita yang di cintainya membuat perkara yang di tegah..Jika kita mencintai seseorang,pastinya kita mahu si dia sentiasa berada dalam kebaikan.Jika dia mengajak kita sama-sama membuat perkara yang di tegah,adakah dia membawa kita ke arah kebaikan?Adakah itu cinta???...........Fikir-fikirlah....

2 May 2010

DARI LELAKI UNTUK WANITA~~~

Wanita yang cantik
bukanlah yang mejadikn rambutnya
sebagai perhiasan mata lelaki ajnabi..
Sebaliknya menjadikan kain kerudungnya
sebagai hijab dari pandangan kaum Adam yang cukup merbahaya..

Wanita yang cantik
bukanlah yang menjadikan matanya
sebagai alat tarikan bagi kaum berlainan jenisnya..
Sebaliknya menjadikan ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata"nya
kerana takutkan Allah..

Wanita yang cantik
bukanlah yang bercakap manis di mulut
dengan penuh lemah lembut
hingga bisa meruntun hati lelaki mendengarnya..
Sebaliknya mjadikan bicaranya
penuh dengan ketegasan & berhikmah
agar tak menjadi fitnah bagi kaum Adam..

Wanita yang cantik
bukanlah yang menjadikn kosmetik
sebagai penutup cela di wajahnya
agar dilihat cantik pada pandangan lelaki..
Sebaliknya wajahnya yang bersih
hasil dari bekas wuduk yang sempurna

Wanita yang cantik
bukanlah yang mempunyai bentuk tubuh
yang bisa menggiurkan mata kaum Adam
sebaliknya menjadikan pakaian takwa & iman sebagai benteng bagi dirinya..

Wanita yang cantik
bukanlah yang berpewatakan manja lagi gedik
sebaliknya yang mempunyai kemurniaan akhlak yang baik dan terpuji

Wanita yang cantik
bukanlah yang sering mengajar kakinya
berjalan ke arah tempat-tempat yang tercela..
sebaliknya setiap langkahnya
ditujukan ke arah jalan yang baik..

Wanita yang cantik
bukanlah yang sering dilihat
berpeleseran tak tentu arah..
sebaliknya yang tersembunyi
kerana menjaga maruah dan kesucian dirinya..

Wanita yang cantik
ibarat mutiara
yang tersembunyi di balik tiram
jumlahnya sedikit
tetapi sangat bernilai
andai ia ditemui
pastinya pemilik itu
insan yang paling bertuah
kerana bisa memilikinya
sehingga akhir hayatnya…

Wanita adalah hiasan dunia..
dan sebaik-baik hiasan
adalah wanita yg solehah..

(sumber google)

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA