KLIK JANGAN TAK KLIK

15 May 2010

BERGURU DENGAN KANAK-KANAK....

    Pengalaman saya mengikuti program bakti siswa yang dijalankan selama seminggu di kampung Padang/Pauh sememangnya satu pengalaman yang amat tinggi nilainya.Bermacam-macam ilmu yang baru telah saya timba di sana.
    
    Seperti biasa,kanak-kanak sekolahlah yang menjadi tumpuan saya kerana saya begitu suka terjun ke 'dunia' mereka.Walaupun jadual aktiviti program itu sungguh padat,tetapi saya tetap mencari peluang untuk bersama-sama dengan kanak-kanak kampung tersebut.

    Saya membawa diri saya terjun ke dunia mereka semata-mata ingin mencari sebanyak mana ilmu daripada mereka.Bermula dengan anak-anak orang asli,saya cuba menyelami suka duka mereka dalam dunia yang dipenuhi dengan alam semulajadi.Di sini saya lihat mereka begitu matang menggunakan sumber semula jadi sebagai bahan untuk mereka bermain.Mereka tidak seperti kanak-kanak bandar yang bermain dengan benda-benda yang dibeli dari pasar raya dan kedai-kedai permainan.Mereka lebih cepat matang berfikir untuk lebih berdikari dalam dunia mereka.

   Di kampung Padang/Pauh,saya cuba menjadi sahabat dengan kanak-kanak kampung tersebut.Di sini saya mengkaji gelagat-gelagat mereka dalam berkawan dan berkomunikasi.Apa yang mereka fikir,apa yang berada di hati mereka,itulah yang akan mereka keluarkan melalui lisan.Tidak satu pun yang mereka olah sebelum mereka bercakap.Kejujuran kata-kata yang keluar dari mulut mereka membuatkan saya selesa dengan mereka. 
 
     Terkadang saya berasa hairan dengan sikap segelintir orang dewasa yang memandang pelik apabila saya begitu rapat dengan kanak-kanak dan ada yang memberitahu saya supaya jangan terlalu memanjakan mereka supaya mereka tak 'memijak kepala' kita.Bagi saya,kita perlu masuk ke alam mereka supaya kita tahu apa yang mereka rasa,apa yang mereka inginkan dan kita boleh sama-sama memperbetulkan apa yang mereka salah dan memperbaiki apa yang kita kurang.

Khatimah...
  
     Ya,memang mereka nakal.Itulah budak-budak.Tapi adakah dengan alasan mereka nakal kita boleh menjauhi mereka?Kitalah yang patut mencorak mereka supaya mereka boleh lebih matang dalam berfikir.Jika kita terus membiarkan mereka,sampai bila pun kanak-kanak tetap menjadi nakal dan tak hairan mereka akan menjadi jahat.

1 comment:

musafirdunia said...

ibarat kata pepatah, "melentur buluh biarlah dr rebungnya", kanak-kanak i2h lebih mulia, lebih suci dr segelintir manusia... renung2kan :)

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA