KLIK JANGAN TAK KLIK

22 Sep 2010

~AKU HANYA MAHU DIA BAHAGIA~

  Ipoh OH Ipoh....Bukanlah tempat untuk mereka yang inginkan ketenangan atau mencari ilham. Seperti saya, seorang yang sentiasa ingin mencari tempat untuk menenangkan fikiran dan melupakan masalah. Ipoh bukanlah pilihan yang tepat.Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah, satu-satunya tempat yang bisa membuat saya tenang dan tempat untuk mencari ilham.

   Enjin motorsikal dimatikan dan topi keledar diletakkan di raga. Saya berjalan mencari ketenangan. Di suatu sudut, saya terlihat seorang lelaki sedang termenung keseorangan, riak wajahnya seperti memendam rasa. Saya cuba mendekatinya dengan harapan boleh dibuat kawan berbual.

  "Aku cuma nak dia bahagia je...Aku langsung tak kesah pasal diri aku." Belum sempat saya memberi salam dan menghulurkan tangan, saya tersentak dengan kata-kata itu.

  "Hmmmm...Apa maksud abang?Kenapa abang cakap mcm tu?" Aku terus bertanya.Ingin tahu.

  "Aku dah bertunang, dah 2 bulan...Aku sayang sangat kat dia...Aku tak mahu dia sedih,aku tak nak dia susah..Aku cuma nak dia bahagia...Sebelum kami bertunang, aku selalu perhatikan dia dari jauh je. Aku seronok bila tengok dia ketawa. Bila dia sedih, aku akan cari puncanya. Aku mesti ingin bantu walau aku tak mampu. Lama kelamaan, aku mula berani tegur dia hinggalah kami bertunang. Kini aku dah dekat dengan dia. Aku seronok, bahagia sangat. Tapi......Jauh di sudut hati aku, aku rasa dia tak akan bahagia dengan aku. Aku selalu buat dia marah, aku tak pandai jaga hati dia. Aku tak faham dia."

   "Jadi, apa keputusan abang sekarang?" Saya memintas.

   "Aku hanya nak dia bahagia. Tapi dia tak akan bahagia dengan aku. Biarlah aku lepaskan dia pergi. Dan aku selalu akan berdoa agar dia jumpa orang yang jauh lebih baik daripada aku dan boleh bahagiakan dia." Lelaki itu menyambung.

    "Macam mana pulak dengan perasaan abang? Hati abang?Kebahagiaan diri abang?" Aku memberi respon.

    "Aku tak kesah pasal diri aku. Aku cuma nak dia bahagia. Tu sudah cukup bagi aku. Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku. Aku rela dia pergi. Asalkan dia bahagia." Wajahnya tidak berubah. Terus memendam.

    "Dia cakap dia tak bahagia dengan abang ke?" Aku terus memberi tindak balas.

     "Dia cakap dia sayang aku, dia bahagia dengan aku. Dia tak nak kehilangan aku. Tapi..........Tapi cara dia.....cara dia menafikan kata-katanya."

     Air mata lelaki itu terus menitik. Saya yang dari tadi tenang terus sebak.


*Saya sengaja tidak menghabiskan penulisan ini. Kerana saya mahu respon dari pembaca.....

5 Sep 2010

Iklan raya TV3 - ADAKAH INI DISENGAJAKAN??

   Aidilfitri kian menghampir. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tiap kali tiba musim perayaan iklan-iklan raya menjadi tumpuan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa iklan-iklan perayaan sebegini banyak memberi makna kepada kita terutamanya anak-anak perantauan sekaligus mengembalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak mereka di kampung.

     Hari ini saya dikejutkan dengan satu iklan promo raya dari tv3. Ketika saya menonton iklan tersebut, saya terasa seperti ada sesuatu yg tidak kena dengan iklan itu...



   Setelah diteliti, sangkaan saya tidak salah lagi. Sememangnya banyak kekeliruan yang timbul dalam iklan ini. Iklan ini langsung tidak mencerminkan aidilfitri itu sendiri, malah ia lebih kepada perayaan krismas (santa claus) dan deepavali (teratai). Bukan itu saja, jika ditelili pada babak yang pertama, budak lelaki menyelak buku, kita akan nampak tulisan jawi diterbalikkan.
ADAKAH INI DISENGAJAKAN??

    Bukan itu saja, banyak lagi perkara yang tersirat yang terdapat dalam iklan ini. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

   Saya berharap rakan-rakan dapatlah kiranya memboikot iklan ini kerana secara jelas iklan ini boleh memberi kesan tidak baik pada aqidah khususnya kanak-kanak islam....
Wallahu 'Alam

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA