KLIK JANGAN TAK KLIK

22 Sept 2010

~AKU HANYA MAHU DIA BAHAGIA~

  Ipoh OH Ipoh....Bukanlah tempat untuk mereka yang inginkan ketenangan atau mencari ilham. Seperti saya, seorang yang sentiasa ingin mencari tempat untuk menenangkan fikiran dan melupakan masalah. Ipoh bukanlah pilihan yang tepat.Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah, satu-satunya tempat yang bisa membuat saya tenang dan tempat untuk mencari ilham.

   Enjin motorsikal dimatikan dan topi keledar diletakkan di raga. Saya berjalan mencari ketenangan. Di suatu sudut, saya terlihat seorang lelaki sedang termenung keseorangan, riak wajahnya seperti memendam rasa. Saya cuba mendekatinya dengan harapan boleh dibuat kawan berbual.

  "Aku cuma nak dia bahagia je...Aku langsung tak kesah pasal diri aku." Belum sempat saya memberi salam dan menghulurkan tangan, saya tersentak dengan kata-kata itu.

  "Hmmmm...Apa maksud abang?Kenapa abang cakap mcm tu?" Aku terus bertanya.Ingin tahu.

  "Aku dah bertunang, dah 2 bulan...Aku sayang sangat kat dia...Aku tak mahu dia sedih,aku tak nak dia susah..Aku cuma nak dia bahagia...Sebelum kami bertunang, aku selalu perhatikan dia dari jauh je. Aku seronok bila tengok dia ketawa. Bila dia sedih, aku akan cari puncanya. Aku mesti ingin bantu walau aku tak mampu. Lama kelamaan, aku mula berani tegur dia hinggalah kami bertunang. Kini aku dah dekat dengan dia. Aku seronok, bahagia sangat. Tapi......Jauh di sudut hati aku, aku rasa dia tak akan bahagia dengan aku. Aku selalu buat dia marah, aku tak pandai jaga hati dia. Aku tak faham dia."

   "Jadi, apa keputusan abang sekarang?" Saya memintas.

   "Aku hanya nak dia bahagia. Tapi dia tak akan bahagia dengan aku. Biarlah aku lepaskan dia pergi. Dan aku selalu akan berdoa agar dia jumpa orang yang jauh lebih baik daripada aku dan boleh bahagiakan dia." Lelaki itu menyambung.

    "Macam mana pulak dengan perasaan abang? Hati abang?Kebahagiaan diri abang?" Aku memberi respon.

    "Aku tak kesah pasal diri aku. Aku cuma nak dia bahagia. Tu sudah cukup bagi aku. Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku. Aku rela dia pergi. Asalkan dia bahagia." Wajahnya tidak berubah. Terus memendam.

    "Dia cakap dia tak bahagia dengan abang ke?" Aku terus memberi tindak balas.

     "Dia cakap dia sayang aku, dia bahagia dengan aku. Dia tak nak kehilangan aku. Tapi..........Tapi cara dia.....cara dia menafikan kata-katanya."

     Air mata lelaki itu terus menitik. Saya yang dari tadi tenang terus sebak.


*Saya sengaja tidak menghabiskan penulisan ini. Kerana saya mahu respon dari pembaca.....

6 comments:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Amboi.. Jiwang betul abang tu.. Kadang2, apa yang kita selalu dengar dalam lirik2 lagu jiwang leleh ada benarnya..

Kisah cinta ini terlalu banyak versi dalam kehidupan kita. Ada yang bahagia, ada yang punah dan ada yang sengsara!

Namun, semua itu datangnya dari Allah.. Kita hanyalah sebagai pelakon di pentas dunia ini.. Tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan kan..

Nasihat untuk abang tu, jangan cepat buat keputusan untuk lepaskan tunangnya.. Proses perkenalan adalah satu tempoh yang panjang.. Jika ada salah faham, pasangan perlu berbincang utk membetulkan keadaan, bukan terus mengalah.. Moga abang itu bahagia dengan hidupnya..

NOTA : Jangan bunuh diri sebab cinta sudah la.. Nauzubillah.. ^_^

Unknown said...

salam ya shafiqi.
aq rsa dia xsptutnya mntafsir 2ng dia hny brdsarkn gy bhasa..
selidik btul2 scra snyap2 dlu dgn org trdkat tunang dia.. mmber ke,fmly ke ttg pndgn 2ng dia trhdp mmat 2..bru amek tndaka yg spatutya.wallahua'lam.
(den al-muhaimin)

Mohd Syafiqi Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Syafiqi Zakaria said...

wasalam,
terima kasih abg den n abg jamal atas pandangan dan nasihat....

kintsugi07 said...

kdg2
apa yg dickp tak sme dgn ap
yg difikir .
dlm hati ''sob3.kenape mcm nih? '' .
tp ap yg kuar adelahh..
''bla arrr!ingat bagus sgt ke? ego nak mampos!''
HAHA

tade sape yg phm ape yg aku ckp kan.
oke bye .

Anonymous said...

huhuhuhu sepatutnya dia bertanya kepada perempuan tu sejujurnya tentang perasaan dan kesediannya dalam perhubungannya,,,
jgn buat andaian semata-mata...

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA