KLIK JANGAN TAK KLIK

24 Oct 2010

MELENTUR BULUH

"Ibu....Ibu......" Seorang kanak-kanak memanggil ibunya yang sedang sibuk membeli belah di pasar malam.

"Ye...nak apa?" Dalam keterpaksaan ibunya menyahut.

"Nak bubuh duit dalam tu..." Jawab si budak sambil tangannya menunjuk ke dalam bekas yang dipegang oleh seorang pengemis buta yang duduk sambil bermain muzik di situ.

"Ish...tak payah laa....Jom, kita pergi tempat lain." Ibunya mengelak.

       Melihat anak itu sungguh beriya-iya, dengan rela seorang lelaki datang memberi seringgit kepada anak itu dan menyuruhnya meletakkan duit itu ke dalam bekas pengemis tadi.

  Melihat peristiwa tersebut, saya tertanya-tanya mengapa si ibu itu menghalang anaknya daripada berbuat perkara baik? Kalau anak berperangai buruk, selalu dikatakan dia tak dididik sewaktu kecil, dah besar susah nak ubah. Tapi, bagaimana pula jika anak kecil yang hendak berbuat baik tetapi dihalang? Sungguh besar kerugian si ibu itu apabila si anak dengan sendirinya ingin melakuan perkara baik, tetapi ibunya menghalang.

  Zaman kana-kanak adalah zaman yang istimewa, iaitu zaman kesucian dan fitrah. Pada masa ini, ibu bapa dapat memanfaatkan waktu yang cukup untuk menanamkan dalam jiwa anak-anak apa saja yang dikehendakinya, dapat mengenal berbagai potensinya, serta dapat mencorak masa depannya.

  Ramai antara ibu bapa yang lebih memerhatikan anak dari aspek intelektual atau kemampuan berfikir sahaja, tetapi sering melupakan dari segi perasaan anak dalam pembentukan keperibadiannya. Pada tahap kanak-kanak, mereka akan memerhati perlakuan orang yang rapat dengan mereka dan akan meniru perlakuan itu. Jika buruk perlakuan yang dilihat, maka buruklah yang diikut.

  Khatimah...

  Setiap anak yang lahir sememangnya suci, ibu bapalah yang mencorak mereka menjadi baik atau sebaliknya. Seperti menabur benih di tanah. Jika tidak di baja, disiram air dan dijaga dengan rapi, maka bukannlah tumbuhan yang diidamkan yang tumbuh, tetapi tumbuhan yang terbantut dan tidak elok. Ketika ini, tiada guna lagi kita menyiram dan menabur baja. Kerana benih sudah menjadi pokok.
      

No comments:

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA