KLIK JANGAN TAK KLIK

26 Mar 2010

KITA LEMAH???.......YA....KITA MEMANG LEMAH!!!


~Seorang lelaki pergi ke kedai mamak.Niat di hati ingin membeli makanan tengah hari kerana perut telah memberitahu otak bahawa ia perlu diisi dengan makanan.Lalu kaki pun melangkah menuju ke kedai.Sesampai sahaja di kedai,mulut berkata..Ane,nasi mau bungkus!!...Mamak menjawab...Layan diri!!..Telinga mendengar dan mata pun memulakan memilih.Yang berkenan di hati,sotong sambal.Maka,tangan pun memulakan peranan menceduk sotong yang telah lama diidamkan itu.Sebelum sotong itu diletak di pinggan,hidung memainkan peranan untuk menghidu sotong itu.Hanyir...Hidung menghantar maklumat  ke otak dan otak membuat keputusan bahawa  sotong itu sudah basi.Lalu tangan pun bertindak meletakkan kembali sotong itu..Cuba bayangkan jikalau hidung mengambil sikap berkecuali.Jika hidung tidak menjalankan tugasnya.SAH!! Lelaki tadi makan sotong yang sudah basi..~

   Inilah pentingnya kesatuan dalam komuniti manusia.Kita mungkin berbeza fahaman dari segi politik,kita mungkin lain dalam aspek pendidikan..Tapi ingat kita mempunyai persamaan..ISLAM..Ya...kita semua telah bersumpah..''Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"....Inilah sebabnya mengapa kita perlu bersatu...

   Saya selalu mendengar mulut-mulut berbicara bahawa umat Islam adalah umat yang lemah...Jawapan saya..Ya.Memang kita lemah.Mengapa kita lemah??kita lemah sebab kita tak bersatu.Kita lemah kerana muslim sendiri jatuhkan muslim yang lain.Mengapa kaum yahudi kuat sedangkan bilangan mereka jauh lebih sedikit daripada kita?Ya..sebab mereka bersatu..Mereka tidak akan biarkan walau satu pun dari kalangan mereka ditindas mahupun disentuh sedikit pun..Mereka akan bangkit memerangi kaum yang cuba menjatuhkan mereka.

   Kita sebagai kaum yang muda tidak boleh mengharap sangat untuk kita membetulkan pihak-pihak yang lebih "makan garam" daripada kita untuk memulakan langkah agar kita bersatu.Mengapa??Semuanya kerana dalam diri mereka telah kuat berpegang dengan "simbol"....Apa sahaja yang dilakukan oleh pihak yang ber"simbol" lain,semuanya salah.Semuanya ada yang tak kena. Jadi,kita yang muda inilah yang perlu memulakan rentak dari sekarang bersatu atas nama ISLAM.Hilangkan dalam benak fikiran kita tentang "simbol" dan mula mencari kebenaran.Saya sangat berharap bahawa akan datang wujud generasi baharu yang tidak mencari "simbol" dan hanya mencari apa yang benar.

2 comments:

Anonymous said...

yg mula2 tuuu...
pernah dgr dekat radio pasal ni,,
2mggu lepas mgkin,,
atau..sebulan lalu~

gud job writer!!
blogwalking~
lalalalalal..

assalamualaikum!

Mohd Syafiqi Zakaria said...

blog pon berjalan ke...lmbt la kalo jalan..terbang la...
~lalalalallalalalala~

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA