KLIK JANGAN TAK KLIK

19 Jan 2010

IKHTILAT

     Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.


     Mengenai masalah ini saya tidak menggunakan pendapat saya semata-mata.Saya cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil  kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

   Perjumpaan atau pertemuan bukanlah diharamkan secara mutlak,tetapi harus bahkan dituntut jika tujuannya baik,memberi manfaat,menambah amal soleh(seperi menuntut ilmu) atau meminta pertolongan daripada kedua-dua belah pihak..

   Walaupun ikhtilat ini dibolehkan,tetapi ianya tetap berada dalam landasan islam.Kita sama sekali tidak boleh mengabaikan batas-batas yang ditetapkan oleh islam.

1) Menjaga pandangan oleh kedua-duanya(tak menjeling,memandang dengan syahwat).Seperti firman Allah:

 Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,
(31)

An Nuur : 30-31

2) Macam biasa,aurat.Seorang perempuan hendaklah mengenakan pakaian yang sopan,menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah....


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)


Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. (59)


Al Ahzab: 59

   Pakaian perempuan muslimah berbeza dengan pakaian wanita yang "tidak ketahuan" pakaiannya.Oleh itu,setiap orang yang memandang wanita berpakaian muslimah mesti menghomatinya.

3) Wanita perlu menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

4)Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya,


"Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan"

  Tidak patut jika dibiarkan api dan kayu diletakkan bersama melainkan "terbakar" bersama.

 5)Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong.

Khatimah......


    Hubungan antara lelaki dan wanita adalah harus dengan syarat tidak berlebihan.Secara amnya, kita sendiri perlu bertanya diri kita; kenapa kita memilih si fulan (lelaki/wanita) untuk berurusan dengannnya. Adakah kerana keperluan atau kebetulan atau ada niat lain di sebaliknya. Namun begitu, apa pun niat kita, selagi tidak berlebihan,tidaklah kita memasuki daerah haram. Cuma kita perlu menjaga hati kita agar sentiasa bersih dan tidak terjebak ke dalam yang haram di masa depan.

Wallahu Ta'ala A'lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h



No comments:

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA