KLIK JANGAN TAK KLIK

24 Jan 2010

APA KATA WANITA BUKAN ISLAM TERHADAP MUSLIMAH???

    Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan.Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran,saya duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda yang bukan Islam. Tiba-tiba dua orang muslimah masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.Saya dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua muslimah itu, "Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!" Ketiga-tiga wanita bukan Islam itu akhirnya membayar dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.


   Saya alihkan pandangan saya kepada kedua-dua muslimah tadi. Tudung mereka yang labuh menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita bukan Islam .Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas saya berfikir berkenaan isu ini, saya merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki.Saya mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita bukan Islam tadi.

   Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita begitu ghairah dengan fesyen.Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.Sememangnya wanita yang berpakaian mengghairahkan boleh menarik perhatian lelaki,tetapi perhatian yang bagaimana? 
Fikir-fikirlah.....

No comments:

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA