KLIK JANGAN TAK KLIK

28 Oct 2011

HIDUP INI ADALAH PERSIMPANGAN

   "Dah takdir aku macam ni, aku ni jahat..Tak boleh nak ubah dah, biar je la aku jahat" kata seorang pemuda apabila kami mengajaknya bersama-sama kami memperbaiki diri.

   Tiba-tiba...PANGGGG!!! tapak tangan sahabat saya singgah di pipi pemuda itu. Dengan muka merah padam, pemuda itu meninggikan suara. "suka hati kau je tampar muka aku!!" Dengan tenang sahabat saya menjawab, sebenarnya saya tidak mahu menampar kamu,tetapi bagaimana lagi, ini juga kehendak Allah, dan di luh mahfuz juga sudah tertulis pada hari ini dan waktu ini saya menampar kamu." Pemuda tadi terdiam.

Kita sentiasa di persimpangan.

   Allah memberi kekuatan kepada kita. Apa saja yang ingin kita lakukan dalam dunia ini, kita tetap mempunyai kekuatan ke arah itu dan Allah sama sekali tidak membataskannya. Jika kita berfikir hendak melakukan ibadat pada hari ini, Allah  memberi kita tenaga untuk melakukan ibadat tersebut. Sebaliknya, apabila kita berfikir untuk melakukan maksiat, Allah tetap memberi kita tenaga untuk melakukannya. Kita sentiasa mempunyai pilihan atas apa jua yang hendak kita lakukan. Kita sebenarnya sentiasa berada di persimpangan. Jalan mana yang ingin kita lalui, terletak pada diri kita sendiri dan tiada sesiapa pun yang mampu memilihnya untuk diri kita.
 
Bagaimana jika kita pernah tersalah memilih jalan pada masa lalu?

   Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi perlu diingat, adakah apabila sekali kita melakukan salah akan selama-lamanya kita melakukan salah? Jalan masih panjang, selagi udara masih dihela, selagi jantung masih berdegup, pintu taubat masih terbuka untuk kita. Yang lalu biar berlalu dan jadikan ia sebagai tauladan untuk kita tidak mengulangi kekhilafan itu.

"Alhamdulillah, awak sedar yang awak dah banyak buat salah. Ini bermakna awak dah muhasabah diri awak. Hidup ini pilihan, dulu awak dah memilih jalan yang salah, dan kami tahu awak dah menyesal cuma awak tak yakin yang awak boleh jadi baik." Kami terus berbicara dengan pemuda tadi.

"Habis tu apa yang aku kene buat?" dia bertanya. "Dulu Allah memberi kamu kekuatan untuk memilih jalan salah. Takkan la sekarang Allah tak bagi kamu kuat untuk pilih jalan yang betul pula? Apa yang penting, jangan jemu untuk meminta pertolongan daripadaNya. Jika hendak lakukan perkara jahat pun Allah beri kekuatan, apatah lagi kalau kamu hendak lakukan perkara baik." Lelaki tadi menyambut perkataan kami dengan senyuman.

Khatimah

  Kita harus menyedari bahawa tidak sepatutnya kita menyalahkan takdir atas apa yang sebenarnya boleh kita pilih. Apa yang terjadi pada masa yang lalu sama ada baik mahupun jahat. Semuanya atas pilihan kita sendiri. Yang lalu biarkan berlalu, kita adalah siapa kita sekarang dan apa rancangan kita untuk masa hadapan.

 Wallahu A'lam.

2 comments:

Anonymous said...

tau x hukum menampar muka itu haram walaupun niat baik...

btw, citer ni bessstttt..;)

Mohd Syafiqi Zakaria said...

hanya misalan :)

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA