KLIK JANGAN TAK KLIK

19 May 2011

SELANGKAH KE ALAM KEMATIAN~~

20 tahun???....Dah boleh jadi bapak orang dah ni...hehehe.....




   Alhamdullilah....Dalam usia yang melangkau usia dewasa ini, Allah masih memberi kepadaku peluang untuk terus hidup di muka bumi yang indah ini untuk aku terus berjuang dan terus berjuang..


   Aku sedar bahawa aku bukan lagi kanak-kanak, tidak lagi remaja dan bukanlah masanya lagi untuk aku terus bermain-main sehingga hanyut dibuai dunia keanak-anakan dan  kehijauan aku..Kini aku perlu lebih memandang kehadapan dan mengambil canting yang telah lama tersimpan untuk aku terus mencorak kembali kain putih menjadi sebuah seni yang indah sebagai pembakar semangat kepadaku terus melangkah kehadapan dengan penuh yakin.


  Hari ini 19 mei 2011, genaplah usiaku 20 tahun. Tidakku hairan usiaku telah sampai angka itu, tetapi hanya yang difikirkan adalah kakiku telah setahun melangkah ke alam kematian.Setiap kelahiran pasti disusuli kematian...Itulah sebabnya setiap kali tibanya tarikh kelahiran, hati menjadi gundah dan tidak keruan kerana membayangkan umur yang semakin menghampiri penghujungnya. Terima kasih pada kalian semua kerana mengingatkan aku pada kematian.


  Waktu tidak pernah bergerak ke belakang, begitu juga dengan umur kita. Sentiasa bergerak kehadapan menuju satu titik yang dinamakan maut. Sentiasalah kita berdoa agar kita terus mendapat pengakhiran yang baik...INSYAALLAH....


اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah”

No comments:

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA