KLIK JANGAN TAK KLIK

6 Jun 2010

TAK RUGI BELAJAR AGAMA

     Pagi tadi,sedang saya bersantai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah Ipoh sambil mencari ilham untuk cerpen saya yang seterusnya (tak sampai pun ilham tu),saya disapa oleh seorang lelaki yang berusia pertengahan 20-an.Dia adalah seorang juruterbang pelatih di situ.Dia memberitahu kini dia masih lagi belajar dalam bidang sarjana kejuruteraan aeronautik di sebuah universiti tempatan.

    Pada mulanya saya cuma mendengar saja apa yang dia katakan.Akhirnya saya mulakan bicara." Abang dah ada degree,sekarang ni master,lepas ni nak ambik phD pulak.Taknak belajar agama ke?Ye la kan..Dari sekolah rendah belajar sains,dekat matriks sains fizikal.Sekarang ni sains lagi.Lepas master ni cuba belajar agama setahun,lepas tu sambung la phD pulak."

    Dia memandang muka saya,dan terus menjawab.."Tu la...Belajar agama ni memang bagus.Tapi dunia sekarang ni.Dengan belajar macam abang ni la nak mencapai kesenangan."..

   Saya hanya tersenyum.Kebetulan ada sebuah kereta kancil sedang parkir di hadapan kami.Saya meneruskan sembang.

"Cuba abang tengok kereta kancil tu.Nampak tak pelekat kat belakang kereta kancil tu.Tulis apa?University of South Carolina.Ha...Kancil je..Kurang-kurang kalau belajar oversea mesti la Ferrari Dino ke,paling koman pun Mercedes 320 ke.Tapi kenapa kancil?Tak kira la kita degree,master,phD atau post doctorate sekalipun.Allah nak kata kita guna kereta kancil.Kancil la kita dapat..."

    Dia hanya mendengar kata-kata dari saya.Saya juga ada memberitahu,di Manjung seorang peniaga ayam di pasar.Tiada diploma tiada ijazah.Hanya berbekal SPM pangkat 3.Apa dia ada?Mitsubishi Evolution 10.Apa yang nak saya sampaikan di sini?Jaminan masa depan bukannya terletak pada apa yang kita belajar.Maknanya jangan takut belajar agama.Tak rugi belajar agama.

   Saya pernah didatangi oleh seorang adik yang ingin belajar agama di pondok.Tetapi dihalang oleh orang tuanya dengan alasan masa depannya tak terjamin jika dia belajar agama.Inilah mentaliti masyarakat kita yang patut dibakulsampahkan.Mengapa takut belajar agama?Sedangkan itu juga adalah cabang ilmu dan segala ilmu yang ada di dunia ini ada manfaatnya.Kita terlampau dimomokkan dengan ketiadaan jaminan masa depan jika kita belajar agama.

   Jadi,janganlah takut untuk terus belajar agama kerana ilmu itu luas dan dengan ilmu agamalah kita boleh membentuk jati diri dan dengan jati diri itulah kita boleh berjaya....

4 comments:

Anonymous said...

awwaluddin ma'rifatullah.. permulaan agama mengenal ALLAH, ilmu bermula dgn ALLAH, agamanya.... nice article, ilmu agama sbg ilmu tertinggi :)

Nur Adibah Kamarul Baharin said...

Salam'alaik... btl3... bgusla pakcik syafiqi...Manthop! post tu.. Ahsanta ya syafiqi...! :D

Nur Adibah Kamarul Baharin said...

Salam'alaik... btl3... bgusla pakcik syafiqi...Manthop! post tu.. Ahsanta ya syafiqi...! :D

Mohd Syafiqi Zakaria said...

btul2....klu mantop ilmu agama,maka mantoplah jati diri..tinggilah maruah..moleklah peribadi

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA