KLIK JANGAN TAK KLIK

28 Nov 2009

LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK....

    Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

    "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

    Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

    Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

    Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

    Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah
s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.


    Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

    "Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

    Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

    "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

    Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

    Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,

    Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik
pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

    Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah.

    Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

    Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota
masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

    "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
( Ali Imran : 135 )

    "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

25 Nov 2009

MEMAHAMI ERTI KEHIDUPAN

“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)
“Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?” Boleh jadi anda pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai “enjoy”, “relax”, dan “fun”. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab “hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”
Timbul persoalan; bagaimanakah sepatutnya kita memahami konsep kehidupan kita? Apakah yang sepatutnya difahami bila menyebut “hidup ini cuma sekali saja?” Hakikat ini digambarkan secara jelas di dalam Surah al-Mulk ayat 2. Allah berfirman: “(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan…” Cuba perhatikan ayat ini, kenapa Allah menyebut kematian dahulu sebelum kehidupan. Bukankah kita hidup dahulu sebelum mati? Sudah tentu setiap penyusunan perkataan al-Qur’an menyimpan maksud tertentu kerana Allah tidak berfirman sesuatu secara sia-sia.
Ulama’ tafsir membuat penjelasan bahawa Allah menyebut “kematian dan kehidupan” bertujuan memberi gambaran kepada kita bahawa semua makhluk termasuk kita berasal daripada keadaan tiada, sehinggalah Allah menciptakan kita. Pada masa itu bermulalah kehidupan kita dari alam roh, kemudian kita berpindah ke alam rahim, lalu dilahirkan oleh ibu ke alam dunia. Di dunia kita melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Kemudian apabila sampai masa yang ditetapkan kita meninggalkan dunia dan transit di alam kubur, menanti tibanya Hari Kebangkitan (Qiyamah), hari yang amat dahsyat dan menggerunkan, merupakan pintu masuk ke sebuah alam yang kekal abadi, itulah alam Akhirat. Apabila berlakunya Hari Qiyamah berpindahlah kita dari alam kubur ke alam akhirat. Di alam ini, kita juga melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Cuma bezanya, jika di dunia kita sengsara, sengsara akhirat berkali-kali ganda dahsyatnya; jika di dunia kita bahagia, bahagia akhirat berkali-kali ganda nikmatnya. Bahkan perbezaan terbesar adalah; sengsara atau bahagia di dunia adalah sementara, tetapi sengsara atau bahagia di akhirat kekal selama-lamanya.
Begitulah maksud firman Allah; Allah menciptakan kematian iaitu suatu keadaan di mana kita tiada wujud, kemudian Dia menciptakan kehidupan iaitu bermula dari penciptaan kita di alam ruh lalu berpindah ke alam-alam yang lain hingga akhirnya ke alam Akhirat, alam yang penghabisan, yang kekal abadi. Dengan kata lain apabila Allah mula menciptakan kita, sebenarnya tiada lagi konsep kematian. Apa yang berlaku selepas itu hanyalah perpindahan kehidupan dari satu alam ke alam yang lain. Kerana itu terdapat sya’ir Arab yang bermaksud:
“Tiadalah kematian itu melainkan hanyalah;
 perpindahan dari kampung yang fana menuju kampung kekal abadi.”
 Justeru, seharusnya jelaslah kini kepada kita bahawa hakikat kehidupan merupakan satu hakikat yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini. Apalah nilainya kalaupun kita dipanjangkan umur sehingga seratus tahun di dunia, sedangkan hanya satu hari di akhirat sudah menyamai 1000 tahun masa di dunia.
Memahami akan hakikat inilah, Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita seperti yang diceritakan oleh Abdullah bin Umar: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu seorang perantau atau seorang musafir lalu.” Ibn Umar juga pernah berkata: “Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.” (Riwayat al-Bukhari)

MEREKA KUAT SEBAB KITA LEMAH!!!!



Jumlah Yahudi tidaklah ramai di dunia ini dan mereka tidaklah sekuat mana. Namun kerana kelemahan iman dan ukhuwah serta perpecahan sesama umat Islam, maka mereka tidak rasa takut untuk menghina islam sesuka hati mereka. Ya, apa yang mereka nak takut. Harini pun sudah berapa ramai muda mudi dan remaja Islam yang berbangga kerana dapat bertatoo dan bersubang sana-sini.

Tanpa sebarang penaklukan geografi, mereka telah pun berjaya meng 'yahudi'kan anak bangsa kita dalam 'Ghazwul Fikri' (perang saraf) dengan penyebaran 'budaya kuning' serta pelbagai warna propaganda mereka. Semuanya kerana mereka sama sekali tidak pernah redha kepada kita umat sehinggalah kita mengikut jejak langkah mereka. Saudaraku, kembalilah kepada iman, Islam dan ukhuwah sejati.

23 Nov 2009

INDAHNYA ISLAM

    Apakah Anda pernah merasakan dalam hidup ini betapa indahnya Islam ? Jika belum, rasakan dulu betapa bahagianya seorang muslim hidup di bawah naungan agama terakhir. Seluruh panduan kehidupan tertuang dalam Al Quran. Inilah sumber kebahagiaan hakiki daripada pencipta seluruh alam semesta dan isinya, termasuk manusia.
   
    Sayangnya masih banyak orang menggali berbagai ilmu tidak bermanfaat dalam mencari kebahagiaan. Manusia mencari berlian di dalam bumi yang terang padahal berlian itu berada di dalam kamar. Manusia tidak mencari sumber kebahagiaan dari tempatnya.

    Islam seperti ertinya, kedamaian, maka kedamaian di hati akan dicapai dengan memeluk Islam sepenuh hati. Mereka yang tidak pernah merasakan nikmatnya dalam naungan Islam ini kerana memandang Islam sebelah mata. Syumuliatul Islam tidak dirasakan dalam dirinya.

    Keindahan Islam misalnya dapat dirasakan dalam ibadah. Betapa indahnya harmoni alam dengan manusia dalam beribadah kepada-Nya. Matahari sudah berjuta tahun mengabdikan diri kepada Maha Pencipta dengan terbit di timur dan tenggelam di Barat. Matahari masih menemani setiap mahluk setiap hari. Dia tidak pernah lalai. Kesetiaan makhluk yang namanya matahari ini menimbulkan rasa syukur akan diri dalam merasakan nikmat beribadah kepada-Nya.

    Saat sujud dalam soat terasa sekali syahdunya dalam payung keindahan ibadah Islam setiap hari. Namun tentu saja rasa bahagia ini dapat direngkuh  bagi mereka yang percaya 100 peratus akan isi dari panduan hidup Islam.

21 Nov 2009

CINTA

“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!



    Rasa cinta adalah fitrah pada setiap manusia. Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.
   
   Adalah pemandangan biasa di mana mana saja terlihat pasangan  tanpa segan silu berkepit.Pabila ditanya,jawabnya mereka saling mencintai.Inikah cinta?
   Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.Adakah sekotor itu cinta?
   
   Adakah Islam memusuhi cinta?Adakah sekejam itu Islam menafikan fitrah manusia yang menginginkan cinta?Tidak….Islam memandang tinggi persoalan cinta.Rasulullah pernah bersabda :
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya. (HR Abu Daud dan At-Tirmidzy)”.
   
   Oleh itu tidaklah menjadi salah untuk kita bercinta.Tetapi adakah remaja kini mendefinisikan cinta dengan cara yang betul?
   
   Saya pernah bertanya kepada seorang remaja perempuan,adakah dia telah mempunyai kekasih? Menepati jangkaan saya,dia menjawab,ya dia mempunyai kekasih.Kemudian, saya bertanya lagi….bagaimanakah kamu membuktikan cinta kamu kepada kekasih kamu?”Saya sanggup menyerahkan jiwa raga saya kepadanya”….(seperti filem melayu dulu-dulu)..Ya! itulah jawabnya.
  
    Soalan saya..Adakah betul itu cinta?Jawapan saya…YA!Betul.Memang jika seseorang itu dilamun cinta mereka sanggup lakukan apa saja demi satu kalimah yang dipanggil cinta.Itulah penangan cinta.
   
    Cinta itu kita yang perlu mengawalnya bukan dikawal oleh cinta.Kerana cinta dan nafsu adalah elemen dalam diri yang sering berkait rapat.Pabila cinta mengawal diri,nafsu akan turut serta. Jika biarkan cinta kuasai diri merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayat.

20 Nov 2009

BERUNTUNGLAH ORANG YG GANJIL

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]



Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:


“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]


Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]


Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,


“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]



Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”


Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”


Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.


Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:


“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]


Allah SWT juga menyebut:


”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]



Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:


“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]



Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:


“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.


Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]



Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]



Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

KITAKAH MEREKA.....

Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia...Mencintai kematian di dalam ketaatan dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan...Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil...Mereka memerintah dengan anjuran islam...Mereka zuhud...Mereka berbuat baik...Maka merekalah orang yang beruntung...!!!

KITAKAH MEREKA ITU???

18 Nov 2009

LELAKI ACUAN AL QURAN

Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang
beriman:

Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah
s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga
tutur katanya:

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang
dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya
penyayang.
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang
menghormati ibunya:

Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan
keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
Yang akan mendidik anak mendalami agama
islam.
Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu
akhirat.

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk
agamanya:

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan
mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan
rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan
masa:

Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat
al-Quran dan berzikir.
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan
rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kemalangan.

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati:
Yang baginya di dunia adalah lading akhirat.
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan
dijaga.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari
kemudian.

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak
terpesona dengan buaian dunia..
Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah
rumah impiannya.. Dialah lelaki acuan al-Quran."

WANITA ACUAN AL QURAN

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang Wanita Yang Beriman, Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT, Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu, Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala, Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya, Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar, Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu, Wanita Acuan Al-Quran, Ialah Wanita Yang Menjaga Tuturkatanya, Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya, Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya, Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung, Yang Mempunyai Ramai sahabat, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang, Wanita Acuan Al-Quran, Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya, Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga, Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga, Yang Akan Membantu suami dalam kehidupan seharian, Yang Akan Mendidik anak-anak Mendalami Agama Islam, Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan, Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat, Wanita Acuan Al-Quran, Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya, Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Isteri Rasulullah SAW, Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara, Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya, Wanita Acuan Al-Quran, Tidak Pernah Membazirkan Masa, Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca, Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir, Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan, Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan, Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan, Wanita Acuan Al-Quran, Sentiasa Mengingati Mati, Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat, Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga, Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian, Wanita Acuan Al-Quran, Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona, Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga, Di Situlah Rumah Impiannya, Bersama Lelaki Acuan Al-Quran.

17 Nov 2009

Apa itu aurat?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)

Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)


“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”


(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”


(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam


1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.


B.Aurat dengan ahli keluarga



1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut

2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut



C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)



1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.



D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.

2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut



Etika menutup aurat

1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.



Hukum melihat aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

13 Nov 2009

WASPADA...ALQURAN PALSU BUATAN AMERIKA!!

UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

surah al-baqarah
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. 

Contoh: Cover

Image Hosting by imagefra.me

The Blessing - Al Basmalah

Image Hosting by imagefra.me

The Opening - Al Fateha

Image Hosting by imagefra.me

Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin......

2 Nov 2009

WANITA: MANA HILANGNYA SIFAT MALU??

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebaginya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

1 Nov 2009

KUNJUNGAN TOK GURU DI CHEMOR


Hujan renyai-renyai tak meruntuhkan semangat saya untuk ke markas PAS pekan chemor untuk bertemu dengan idola kesayangan saya,Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau di jemput adalah untuk merasmikan markas yang baru di chemor.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Dato' Ngeh Kho Kham, Mustapha Kamil Ayob dan Ustaz Misbahul Munir. Mereka juga turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut.
Seramai 10 ribu orang sanggup berhujan demi bertemu dengan Tuan Guru kesayangan mereka..

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA