KLIK JANGAN TAK KLIK

19 Dec 2010

MENAJAMKAN KAPAK

   Kamlan dan Munawer (bukan nama sebenar), merupakan dua sahabat yang sangat rapat sejak kecil. Satu kampung, satu sekolah, malah satu kelas. Mereka tak pernah berenggang dan jarang bergaduh. Setelah tamat persekolahan, mereka sama-sama telah memohon bekerja di sebuah kilang kayu balak. Setelah diteliti kelayakan yang mereka ada, diploma,ijazah,master,phD ~amboih~....Mereka pun diterima sebagai pemotong kayu.
   
   Setiap seorang daripada mereka dikurniakan dengan sebilah kapak yang baru dan berkilat. Dengan keterujaan yang membuak-buak dalam jiwa, mereka pun memulakan tugas sebagai pemotong kayu yang berkaliber. Mereka memulakan hari pertama dengan baik sekali. Setiap hari, masing-masing ghairah membawa kapak untuk menebang pokok yang terpilih. Pekerjaan dilaksanakan tanpa keluhan.

   Masa berlalu, sedar tak sedar sudah setahun mereka bekerja. Suatu hari, majikan memanggil mereka berdua kerana ada perkara yang ingin disampaikan. Mereka berdua telah diberikan bonus sebagai penghargaan atas segala kerajinan mereka. Kamlan mendapat 3 bulan bonus sementara Munawer hanya mendapat 1 bulan bonus. Kamlan juga telah dinaikkan pangkat menjadi 'mandor' di hutan.

   Dengan rasa agak tidak puas hati, Munawer pergi berjumpa majikan bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya kepada majikan. 

  Munawer : Bos, pe cer ni? Pehal Kamlan dapat bonus lebih..Naik pangkat pulak tu...
  
  Majikan   : Awat hang emo? Ni ha aku tunjuk prestasi hangpa...Bulan pertama sama-sama potong 15 kayu setiap hari. Masuk bulan kedua. Kamlan maintain 15 kayu, hang punya prestasi menurun. 15,13,10,5....Awat hang hampeh sangat?

  Munawer : Aik, ya ka? Alamak..Malu...

   Munawer tetap tidak berpuas hati. Keesokan harinya dia siasat apa yang Kamlan buat. Dalam benak fikirannya berkata mereka pergi menebang bersama, balik pun bersama, tapi bagaimana hasil Kamlan lebih baik daripadanya? 
  
   Apa yang diperhatikan, sama....Tiada yang berubah...Ketidakpuasan hatinya bertambah meningkat. Akhirnya dia pergi bertanya sendiri kepada sahabatnya itu.

  Munawer : Oik, Seronok la hang dah jadi mandor. Apa rahsia? Ada membela ek (biasa la melayu)....
  
  Kamlan    : Ish hang ni....Kalau aku membela pun..Ada ka jin kapak?hehe

  Munawer  : Habih tu...Macam mana hasil hang boleh lebih daripada aku?

  Kamlan    :  Sepanjang hang berkecimpung dalam bidang tebang-menebang ni, berapa kali hang asah kapak hang?        

  Munawer : Tak pernah pun. Aku duk sibuk tebang pokok sampai tak ada masa nak asah kapak. 

  Kamlan   : ~Lalalalalala~

   Barulah si Munawer sedar bahawa prestasinya merosot kerana dia tidak pernah menajamkan kapaknya. 

  ~Samalah halnya dengan diri kita. Setiap hari kita terlampau sibuk dengan hal-hal yang menjadikan masa kita suntuk,tak cukup. Sehingga kita lupa pada perkara dasar yang perlu kita lakukan, tanggungjawab utama. Kita semua sebenarnya memerlukan waktu untuk berfikir, menajamkan fikiran untuk meningkatkan produktiviti dalam kehidupan kita. Walau kuat macam mana sekali pun kita bekerja, tetapi kita tidak pernah berfikir untuk merancang cara kerja yang lebih produktif, akhirnya kita akan menjadi lemah dan merosot....

No comments:

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA