KLIK JANGAN TAK KLIK

17 Aug 2010

Perasaanku VS Diriku~~

    Sudah terlampau lama blog ini saya biarkan tanpa sebarang pembaharuan. Dalam masa itu juga terlampau banyak perkara yang telah saya pelajari. Dalam waktu yang panjang itu juga saya tahu bahawa hidup ini sememangnya satu pilihan dan bukan perasaan.


     Saya sangat mengerti sememangnya perasaanlah yang menjadi tunjang untuk kita menentukan apa yang kita perlu terima atau perbuat.Tapi perlu diingat, terlampau mengikut perasaan juga boleh membuat kita hancur dan tersasar. Terkadang perasaan kita berkata sesuatu perkara itu adalah yang terbaik buat kita tapi sebenarnya perkara itulah yang akan merosakkan kita, oleh itu mengikut perasaan tidak lagi praktikal.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
 - Surah Al-Baqarah ayat 216


     Saya pelik dengan sesetengah manusia yang selalu berkata-kata. Jangan tipu perasaan sendiri, tipu diri sendiri.. Apakah ini semua? Menyuruh manusia mengikutkan perasaan? Kalau begitu, tak perlulah syariat,tak perlulah undang-undang..Kerana kehidupan kita hanya bertuhankan perasaan. Perlu diingat, kita yang kawal diri sendiri. Maka perasaan pun kita jugalah yang mengawalnya.Mengapa perlu kita mengikut perasaan untuk membuat pilihan? Apa gunanya akal yang Allah bekalkan? 


   Benar juga kata-kata orang, apabila kita memilih, kita perlu persiapkan diri untuk bertarung dengan perasaan. Jika pilihan itu tidak selari dengan perasaan, rasanya amat pedih. Tetapi jika itulah yang terbaik, teruskanlah...


Bila ingin jadi pohon besar siaplah diterpa angin dan badai,
jika tidak jadilah rumput yang hidup dibawah pohon besar.
Namun kau akan selalu diinjak-injak orang…

Jika tidak ingin ditumbangkan angin dan diinjak-injak orang, jadilah semak belukar.
Namun suatu saat kau akan dirabas orang…
     Sebelum saya mengundur diri, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada 'dia' yang telah menyedarkan saya tentang hakikat ini. Perlu 'dia' tahu bahawa saya bukanlah menipu perasaan saya ataupun menipu diri sendiri. Tetapi saya mengekang perasaan yang tidak perlu dalam diri saya. Kerana saya rasa itulah yang terbaik untuk saya...Terima kasih atas segalanya......

4 comments:

nurulhuda rusdi said...

i'll read this post like a hundred tyme !
love it !!

Mohd Syafiqi Zakaria said...

simply nice..hehe

syafiqah said...

mabruk....

fatin said...

=)

Islamic Calendar

There was an error in this gadget

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA