KLIK JANGAN TAK KLIK

2 Jan 2011

Rehlah Mahabbah DPPK Batu Gajah ke Kelantan

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan keizinanNya saya telah selamat sampai ke rumah di manjung pada tepat jam 00.00 tahun baru masihi 2011.

   Keterujaan di hati masih tidak lagi terpadam ketika sampai di rumah. Bahang ketika bersalam dan bergambar bersama Tuan Guru masih lagi terasa di lubuk hati.

   Saya berkesempatan mengikut rombongan Pemuda Batu Gajah ke Kelantan. Rombongan selama 2 hari 1 malam ini diadakan bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana negeri Kelantan dibangunkan dengan ciri-ciri keislaman yang menjadikan islam sebagai dasar pentadbiran.



   Sampai sahaja di Kelantan, kami berhenti di Masjid Beijing untuk solat subuh secara berjemaah.



   Terasa kagum di hati ini ketika melihat betapa indahnya binaan masjid ini. Inilah simbol bahawa agama islam bukanlah untuk melayu sahaja. Setelah semua peserta rombongan siap, kami mula bergerak ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Seperti satu kekurangan apabila ke Kelantan jika tidak membeli belah di kawasan bebas cukai ini.
   Rambang mata apabila melihat begitu banyak baju-baju yang di jual. Ada yang membeli sehingga 5 helai jersi bola, ada yang membeli jaket dan bermacam-macam lagi. Inilah syurga membeli-belah bagi sesiapa sahaja yang minat berbelanja.

   Setelah seronok membeli belah, kami meneruskan perjalanan kami ke Pusat Pengajian Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Pintu gerbang Pusat Pengajian Pondok Lubuk Tapah


Pusat Pengajian Pondok Lubuk Tapah
 
Wakil dari Pondok Lubuk Tapah sedang memberi taklimat mengenai pengajian pondok.

Jamuan ringan di Pondok Lubuk Tapah


Gambar kenangan bersama Tuan-tuan guru Pondok Lubuk Tapah

  Selesai program di Pondok Lubuk Tapah, kami bergerak pula ke Kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan untuk bertemu dengan kepimpinan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Di sini kami telah ditiupkan semangat betapa pentingnya pemuda untuk membangunkan sebuah negara pada masa hadapan. Pemuda kini adalah simbol negara pada masa depan.



Ketua DPPN Kelantan, Ust Abd Latif sedang memberi ucapan
Timb. KP sedang memberi ucapan
                                              
Gambar kenangan
    Hari pertama melabuhkan tirainya dengan tidur yang lena di Pusat Latihan PASTI negeri Kelantan..Kami memulakan hari kedua dengan mendengar kuliah dhuha mingguan di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri Kelantan.


   Saat yang sangat ditunggu-tunggu pun tiba. Laungan takbir jelas kedengaran. Kelihatan kereta Perdana Executive hitam memasuki kawasan ceramah. Manusia terus berpusu-pusu menyerbu kereta tersebut. Dengan senyuman, sebatang tubuh tua keluar dari kereta tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seorang tokoh yang disegani berjalan ke pentas kuliah. Tanpa berlengah lagi saya turut ke pentas untuk mendengar kuliah dengan lebih dekat.
Tuan Guru memulakan kuliah mingguannya

Tuan Guru pulang
Tuan Guru menjawab soalan-soalan dari wartawan 
   Tidak cukup dengan itu, kami berkunjung pula ke kediaman beliau di Pulau Melaka. Setibanya kami di sana kelihatan kereta beliau ada di tempat parkir menandakan beliau ada di rumah.

Maahad Tuan Guru, Maahad Darul Anwar

Kediaman Tuan Guru yang sederhana

Berkesempatan bersalam dengan anak lelaki Tuan Guru, Ustaz Nik Abduh
Memulakan langkah untuk ke solat jumaat 
YDP Pas Batu Gajah, Ustaz Ismail berpelukan dengan Tuan Guru


Bergambar bersama Ust Nik Abduh
Saat manis bergambar bersama Tuan guru Nik Abdul Aziz

Gambar : saya dan Paeh
                                  

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA