KLIK JANGAN TAK KLIK

11 Feb 2011

TUJUAN BELAJAR

HUH...Lega rasanya...Akhirnya tamat sudah perjuangan untuk peperiksaan pertengahan semester walaupun untuk sementara waktu..(final exam ade lagi).Dalam tak sedar, empat semester telah berlalu dan ianya seakan kosong tanpa sebarang pengisian dalam diri saya. Saya kini telah berada dalam semester ke lima dan saya baru sedar betapa menuntut ilmu itu suatu perkara yang sangat indah. Dalam kelas ketika pensyarah mengajar, tumpuan diberi dengan sepenuhnya. Terasa puas apabila perkara yang disampaikan dapat kita fahami dengan sempurna. Apabila peperiksaan, segala yang difahami selama ini dapat kita cetak di atas kertas dengan sempurna. Puas..Amat puas..

   Ya..memang puas..Hanya kepuasan? Adakah itu tujuan kita belajar? Puaskah kamu dengan diploma, ijazah mahupun doktor yang kamu dapat?...Jika itu sudah membuatkan kamu selesa, itu bukanlah kepuasan dan keselesaan yang sejati.

    Jika kamu dalam bidang perubatan, banggakah kamu dengan gelaran 'doktor' yang kamu bawa?

    Jika dalam bidang agama, adakah kamu mulia  dengan panggilan ustaz mahupun ustazah?


   Ya...Saya tidak pernah menafikan kemuliaan orang yang berilmu berbanding orang yang jahil. Dalam alquran telah ternukil :-
 
    ...Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
 (Az Zumar ayat 9)


"Allah meninggikan kedudukan orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat"
 (Surah al-Mujadalah : ayat 11)

   Tapi apa sebenarnya tujuan kita belajar?

   "Adik pergi sekolah sebab adik suka sekolah..Dah besar nanti nak jadi doktor. Gaji banyak. Boleh tolong mak..."

   Itulah ayat tipikal yang selalu kita dengar jika ditanya pada adik-adik kita yang baru menjejakkan kaki ke sekolah. Bagi mereka, belajar adalah satu platform untuk mereka mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang besar.

   Rasulullah pernah bersabda:-

  "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." 
(HR. Bukhari dan Muslim)

  Itulah sebenar-benarnya tujuan kita belajar, dunia ditangan, akhirat dijulang. Di dunia, dengan ilmu kita dapat manfaatkan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia seperti teknologi, kesihatan dan bermacam-macam lagi. Dengan ilmu juga, kita akan terus merasa kagum dengan kehebatan ilmu Allah kerana semua yang kita pelajari adalah daripada Allah. Akhirnya kita akan terus menghambakan diri kita kepada Allah..INILAH SEBENARNYA TUJUAN KITA BELAJAR.....

2 comments:

ღpanda_onchairღ said...

waaaah . .
skema ayat kau .
keh3 . .

Mohd Syafiqi Zakaria said...

trademark rasmi dowh..HAHA

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA