KLIK JANGAN TAK KLIK

14 Feb 2011

INDAHNYA HARI INI~~

 14 februari menjelma lagi, pastinya setiap muda-mudi di negara ini mahupun seantero dunia sudah sangat mengerti akan tarikh ini. Kedai-kedai bunga dan pasar-pasar raya sudah pasti mengaut keuntungan besar dalam penjualan bunga dan coklat. Bukan itu sahaja, rumah-rumah tumpangan, hotel-hotel bajet semestinya sudah ditempah..Tujuannya cuma satu, sebagai platform untuk meluahkan perasaan cinta dari 'ku' untuk 'mu'...

  Valentine's Day...Sebuah hari yang cukup indah dan berbunga. Hari yang cukup romantik dan "sweet" untuk setiap pasangan yang sedang hangat bercinta. Pada hari ini jugalah si Yeop memberi kuntuman bunga ros kepada si Yong..Si Mat menghadiahkan coklat berbentuk hati kepada si Jah..Restoran-restoran dihiasi dengan cahaya daripada lilin ditambah pula dengan nyanyian lagu perlahan yang mengasyikkan...Indah....Cukup indah...
Inilah penangan kekuatan seorang paderi pada zaman kerajaan Rom memperjuangkan sebuah entiti yang bernama CINTA....

  Paderi?Ada kena mengena ke??

  Empayar rom (abad ke 3) ketika empayar tersebut diperintah oleh Pemerintah Claudius II. Menurut sejarah, Claudius adalah seorang pemerintah yang kejam. Sewaktu pemerintahannya,dia memerlukan seramai mungkin sukarelawan daripada pemuda untuk memasuki bidang ketenteraan bagi membesarkan lagi empayar Rom. Tetapi malangnya, ramai pemuda tidak mahu mendaftar sebagai sukarelawan kerana mereka tidak sanggup untuk meninggalkan isteri dan keluarga mereka.Ini menyebabkan Claudius berfikir dan membuat satu rancangan, jika pemuda tidak berkahwin, mereka pasti tidak teragak-agak untuk menjadi sukarelawan dalam ketenteraan.Jadi dia mengambil keputusan untuk mengharamkan perkahwinan.   

  Walaupun begitu, terdapat seorang paderi bernama St Valentine amat membenci dengan undang-undang baru tersebut. Dia secara senyap-senyap mengahwinkan pasangan yang mahu berkahwinan.Bagi dia, cinta tidak boleh dihalang. St Valentine sangat gembira kerana telah berjaya memperjuangkan cinta walaupun secara rahsia.

  Akhirnya, semuanya terbongkar. Valentine ditangkap,dipenjarakan dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar perintah pengharaman perkahwinan. St valentine dibunuh pada 14 Februari 269 dan kematiannya dianggap "syahid" bagi penganut kristian katolik.

Renungan...

  Rupa-rupanya Valentine's Day yang selama ini disambut dengan begitu indah merupakan satu perayaan bagi agama kristian untuk memperingati kematian seorang paderi yang memeperjuangkan cinta.Tiba-tiba teringat akan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud :

 Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu...

  Jadi..Biarkanlah mereka (orang kristian) yang menyambut hari ini. Kita, sebagai muslim anggaplah hari ini seperti hari-hari lainnya. Lagipun kasih sayang sesama muslim berlaku setiap hari dan bukan hanya pada hari-hari tertentu.

   Mungkin mereka dari puak "kebebasan" tak bersetuju dengan tulisan saya ini dengan mengatakan "adakah kami menjadi kristian jika kami sambut valentine's day?" Mereka juga mungkin akan mengatakan "Eleh, cerita tu fake je...tak payah nak percaya lah"...Walau apa pun alasan mereka, saya mahu bertanya, apa kelebihan menyambut valentine's day? Adakah hanya AWESOMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!...??

P/S...

 Esok Maulidur rasul...Korang ingat ke tak ni?...So..Jom perbanyakkan selawat..

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. 
(Al-Ahzab: 56)
sumber cerita "fake" :

http://www.catholic.org/saints/saint.php?saint_id=159

No comments:

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA