KLIK JANGAN TAK KLIK

27 Apr 2010

~AKU TERSILAP LAGI~

    ~Aku memandangnya tinggi,tingkah lakunya begitu dijaga.Pabila berbicara,jarang dia mengangkat muka apatah lagi bertentang mata.Malunya umpanya mahkota yang tidak mampu dirampas oleh sesiapa.Sopan,dia umpama sebiji mutiara di tengah-tengah timbunan pasir.

      Tetapi baruku tahu.Aku tersilap.Aku salah..Pabila aku melihatnya berdua-duaan bersama seorang lelaki sambil berpegangan tangan, segala tanggapanku selama ini kepadanya hancur musnah sama sekali.Di benakku,wajahnya yang tiada cacat cela menjadi hitam tanpa cahaya.Mengapa si gadis begitu senang menerima pujuk rayu lelaki?~

       Ingatlah wahai si gadis,malumu itu umpama mahkota.Sang lelaki tidak akan berani merampasnya melainkan kamu sendiri yang menyerahkannya.Jika kamu tidak tegas dalam menjaga maruahmu,kamu akan hanyut.Setinggi mana pun ilmu di dada tidak dapat membaiki maruahmu yang telah tercalar.

25 Apr 2010

Demam selesema

  Sejak dua hari lepas sehingga post ini di tulis,saya masih dalam keadaan demam campur selesema.Segala kerja-kerja harian amat terbatas.Ubat?Walaupun saya belajar dalam bidang farmasi,saya amat membenci ubat.Bagi saya ubat hanyalah medium untuk melupakan kesakitan tapi tidak menyembuhkan sakit.
   Sedang saya baring di atas katil,saya teringat satu hadis...
      
Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

   Saya terus tersenyum.Rupanya Allah masih sudi menguji saya.Suatu ketika rasulullah pernah menjenguk Salman Al Farisi yang sedang terbaring sakit..Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

    Pada entri ini saya ingin berterima kasih pada rakan-rakan yang banyak mengambil berat ketika saya dalam keadaan tidak sihat.Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan teman-teman

18 Apr 2010

KEKAYAAN ATAU PERJUANGAN????

    Ketika saya sedang menulis blog ini saya masih berada di hotel Seri Malaysia Ipoh kerana menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di bawah anjuran HPA industries.

    Sampai sahaja di sini selepas mendaftar,program terus bermula.Di sini saya bertemu dengan dua jenis manusia.Pertama : Manusia yang menyertai HPA demi perjuangan iaitu ingin menghancurkan terus produk yahudi di bumi Malaysia khususnya dan di dunia amnya,mereka ini adalah golongan yang sentiasa berada dalam landasan yang betul.InsyaAllah.Golongan yang kedua adalah golongan yang menyertai HPA hanyalah untuk duit.Menyertai MLM syariah yang diperkenalkan oleh HPA,bertungkus lumus mengumpul nilai mata,hanyalah kerana wang,kekayaan.Golongan ini adalah golongan yang rugi,walaupun pada zahirnya kita tidak nampak,namun dari segi pembawaan diri mereka dalam kursus ini memberitahu segalanya.

   Sebenarnya program ini mendidik peserta untuk menjadi usahawan HPA yang mampu mendapat pendapatan lumayan,namun bukan itulah tujuan saya ke sini.YA!Kita perlu duit.Tapi duit bukanlah matlamat kita.

    Mengapa kita perlu makan di KFC?di McD?Pizza Hut?Sedangkan kita tahu syarikat-syarikat tersebut adalah di bawah penguasan yahudi laknatullah yang menggunakan sepenuhnya "sumbangan" orang-orang Islam yang menggunakan produk mereka untuk membantai kembali Islam.

    Setelah saya menghadiri kursus ini,saya sedar bahawa kita boleh.Kita boleh menghancurkan yahudi laknatullah.Apa perlu kita buat?Tinggalkan semua produk-produk yahudi yang selama ini menjadi barang domestik.Bertukarlah ke produk Islam yang dijamin berkualiti lagi halal.

INGAT!!!!....Ini adalah perjuangan....

Pengenalan syarikat oleh ust.Zahir


Latihan dalam kumpulan
 Sokong RADIX!!Boikot NESCAFE!!!
  Khusyuk betul mamat sorang ni..Anak sape la..

15 Apr 2010

PESANANKU PADA TEMAN-TEMAN

   Saban hari saya selalu diminta oleh rakan-rakan  sama ada di alam maya (internet) mahupun di luar untuk memberi pendapat,menyelesaikan masalah.Setiap masalah,setiap pertanyaan adalah topik yang sama,tentang 'couple'.Walaupun saya sangat emosional dengan topik ini,namun demi menjawab soalan dan memberi pendapat,saya gagahkan juga.

  Memang saya langsung tak menafikan bahawa perasaan cinta,kasih,rindu itu semua adalah fitrah manusia.Tambahan pula dalam usia remaja.Benda-benda sebegini pasti akan wujud sama ada secara rela atau tidak rela.Tetapi adakah perasaan cinta,kasih,rindu remaja sekarang adalah sebenar-benar cinta?Kasih yang asli?Rindu yang suci?Atau hanya sekadar terkeliru dengan nafsu?

   Tidaklah menjadi kesalahan kita bercinta,tidaklah juga salah kita berkasih.Tetapi adakah atas nama cinta,atas nama kasih,kita menghalalkan perkara yang ditegah?Bermanja-manja,berpegang tangan,berdua-duaan?Boleh?...Biarlah kami pegang tangan,kami ni bercinta....Itu bukan cinta,itu nafsu.Kalau itu bukan cinta,cinta tu macam mana pula?Orang yang benar-benar bercinta mengikut syariat tidak akan sekali-kali menggadaikan agamanya.

    Jika saya ditanya,"Syafiqi,kalau hang pulak yang jatuh cinta,dan perempuan itu pun suka kat hang?macam mana?....Jawapan saya."Biarlah.Aku tau dia suka aku,dia pun tau aku suka dia.Sudahlah,tak payah nak SMS,tanya khabar,dating.Semua tu LUST ORIENTED,nafsu yang kawal.Kalau ada jodoh aku dengan dia,ada la.Aku percaya pada Allah.Jodoh aku semua di tanganNya."

     "Ish,tak seronoklah couple kalau tak dating,tak SMS." Itulah peranan syaitan.Meletakkan keseronokkan pada sesuatu yang di tegah.Menjaga iman sememangnya sesuatu yang amat sukar.Adakah kita hendak menggadaikan iman hanya kerana keseronokan yang sementara?

      Ingatlah,Anggaplah perasaan cinta ini sebagai satu ujian untuk menguji keteguhan iman kita.Jangan biarkan nafsu yang menjadi kenderaan bagi syaitan mengawal perasaan cinta yang setiap orang memilikinya.Percayalah pada jodoh yang semuanya telah ditetapkan oleh Allah.Jika benar 'si dia' akan menjadi pasangan kita,tidak akan ke mana.Dia tetap akan jadi milik kita.
 

11 Apr 2010

HILANGNYA JEMAAH

 
    Semasa dalam perjalanan pulang dari manjung ke ipoh tadi saya sempat singgah di sebuah surau di seri iskandar untuk menunaikan solat fardhu zohor.Melihat di luar pintu surau saya tersenyum apabila terlihat begitu banyak kasut tersusun di luar surau."Alhamdulillah,ramai yang bersolat"...Maka hati ini pun berdetik,bolehlah saya berjemaah berjemaah sekali.Tetapi apabila saya masuk ke dalam surau,apa yang saya bayangkan di luar sebentar tadi terus berubah.

Keadaan beginilah yang saya nampak.Kecewa,itulah perasaan saya di saat itu.Rupanya inilah punca Islam kian lemah.Sedangkan dalam solat pun mereka tidak mahu bersama apatah lagi berjuang menentang musuh-musuh islam?Dengan rasa tanggungjawab,saya mengajak beberapa orang yang baru sampai untuk sama-sama berjemaah.Saya pun diminta untuk mengimamkan solat tersebut.

  Setelah kami habis berjemaah saya memandang belakang.Sekali lagi kekecewaan menerjah hati saya.Masih ada lagi tidak mahu berjemaah walaupun jemaah telah ada.Sedih,amat sedih.Jika inilah sikap kita sekarang,tak hairanlah apabila orang islam senang diperkotak-katikkan.Saya tinggalkan surau itu dengan penuh rasa kecewa.

6 Apr 2010

PABILA MUNSYI DEWAN BAHASA BERSUARA......

"PRACTISE MAKES PERFECT"

 
  Apa yang tak kena dengan kata-kata di atas?Latihan membawa kesempuraan.Kalau kita lihat daripada sudut fizikal memang betullah kata-kata di atas..Cuba kita pandang dari sudut yang berbeza.Maksud saya teliti secara mendalam.Fikirkan...Latihan boleh membawa kesempurnaan jika latihan itu adalah latihan yang betul.Baik,cuba kalau latihan yang kita buat itu tidak betul,contohnya percakapan yang biadap.Contohnya,setiap hari saya berkasar dalam percakapan.Itu latihan,tetapi itu adalah latihan yang tidak elok..Adakah itu sempurna?Untuk lebih faham,saya beri satu lagi contoh.Seorang murid tadika membuat latihan matematik.3 + 4 = 8......Tiada siapa pun yang membetulkannya.Dan dia terus menerus berpegang dengan kesalahannya.Itu "practise" tetapi adakah itu "perfect" ?

   Jadi bagi saya secara peribadi, kata-kata ini perlu biubah....Daripada "practise makes perfect" kepada "perfect practise makes perfect"............

BETULKAN YANG BIASA,BIASAKAN YANG BETUL

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA