KLIK JANGAN TAK KLIK

21 Aug 2009

MARHABAN YAA RAMADHAN....

Esok umat Islam akan melangkah ke bulan Ramadhan dan bermulalah ibadat puasa, salah satu rukun Islam.Bulan Ramadhan ini memang dinantikan oleh kebanyakan orang termasuk yang bukan Islam. Mereka yang bukan beragama Islam biasanya akan sama-sama mengunjungi tempat-tempat jualan juadah berbuka puasa untuk mendapatkan berbagai jenis makanan. Walaupun begitu janganlah kita rambang mata tetapi ikutilah Panduan Memilih Makanan Sihat di bulan Ramadhan ini.Manakala bagi umat Islam perkara yang mesti diutamakan ialah kualiti ibadat puasa itu sendiri dan menambahkan ibadat yang lain. Alangkah sedihnya ada dikalangan umat Islam yang memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa dan tidak merebut peluang meningkatkan amal ibadat. Malah mereka yang perlu mengambil ubat setiap hari pun sepatutnya tidak ada masalah untuk berpuasa sebab jadual mengambil ubat boleh disesuaikan. Dr Rahmat Awang dari Universiti Sains Malaysia ada memberi Panduan Mematuhi Preskripsi dalam Bulan Puasa.Begitu juga kepada ibu-ibu yang sedang hamil tidak perlu risau kerana ada Panduan Kehamilan di Bulan Ramadhan. Di samping itu para ibu yang sedang menyusukan anak juga boleh mengikuti Petua Menyusu Bayi Semasa Ramadhan. Sementara akhbar Utusan Malaysia dan MStar Online pula ada menyiarkan Panduan Berpuasa Penghidap Diabetes dan Panduan Untuk Pesakit Diabetes Berpuasa. Jelaslah bahawa ibadat puasa ini boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja, ianya banyak bergantung kepada tahap iman kita. Bagi mereka yang sihat pula mungkin boleh membaca Panduan Kesihatan di bulan Ramadhan dan Panduan Jasmani Semasa Berpuasa. Ibadat puasa ini banyak kebaikannya dari segi kesihatan dan memberi peluang untuk membaiki diri. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh menjadikan bulan puasa sebagai titik permulaan untuk mengurangkan berat badan. Begitu juga kepada mereka yang berniat untuk berhenti merokok bolehlah memulakannya di bulan Ramadhan ini. Para perokok bolehlah membaca Puasa Cara Terbaik Berhenti Merokok dan Puasa Boleh Atasi Ketagihan Merokok sebagai pencetus usaha berhenti merokok.Jika ada sesuatu yang kurang pasti tentang ibadat puasa bolehlah membaca Persoalan Semasa Berkaitan Ibadah di bulan Ramadhan oleh Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj Md. Saleh. Sebenarnya ada banyak lagi cerita tentang puasa ini cuma perlu dicari sahaja.Perlulah diingat bahawa berpuasa bukan sahaja bermaksud menahan daripada makan dan minum di siang hari tetapi tubuh badan dan semua deria kita mestilah dikawal juga. Pastikan sahsiah diri kita di bulan Ramadhan ini jauh lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Rebutlah peluang yang disediakan di bulan yang penuh berkat ini sebab tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemunya.Bersempena bulan puasa ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini jika ada ada sebarang kesalahan samada yang tidak disengajakan maupun yang disengajakan secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita akan sama-sama dapat menjalani bulan puasa ini dengan melakukan amal ibadat secara khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah Subhana wa Ta’ala, insyaAllah.“Sesungguhnye yang baik itu adalah dari Allah Subhana wa Ta’ala manakala yang buruk datang dari diri kita sendiri.” Wallahua’lam.

5 Aug 2009

AL QURAN DUA ZAMAN

Sesungguhnya Al quranul karim yang diturunkan Allah kepada rasul terakhir Nabi Muhammad S.A.W adalah satu kitab suci yang merupakan kemuncak perkembangan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia.Al quran juga merupakan sebuah perlembagaan hidup yang telahpun memberi kejayaan besar kepada orang-orang islam yang memahami dan mengamalkan ajarannya.Ai quran mengubah manusia purbakala daripada umat yang mundur kepada satu umat yang yang memegang obor tamadun alam berkurun-kurun lamanya;menjadi sumber hidayah untuk manusia mencari jalan yang lurus dalam semua jurusan hidup dan mencari jalan kebahagiaan,perdamaian,kejernihan, dan keagungan dunia dan akhirat.

Persolannya di sini,mengapa umat Islam pada zaman kebelakangan ini semakin mengalami kemunduran dan kelemahan?Semua ini berlaku adalah kerana kecuaian kita dalam mengamalkan prinsup-prinsip hidup yang maju dan mulia yang dianjurkan Al quran.Kecuaian yang disebabkan kelemahan iman kita terhadap maksud kandungan Al quran,bahkan umat muslimin pada zaman ini tidak memberi ketulusan hati dan penghormatan yang semesti dan sepatutnya kepada Al quran.Maka,kita seolah-olah tidak lagi memandangnya sebagai sebuah perlembagaan hidup yang diturunkan oleh Rabbul 'alamin yang wajib diamalkan.Apa yang berlaku kini Al quran hanya dijadikan sebuah kitab hanya dibaca dan dilagukan dengan suara yang merdu untuk mendapatkan nama,pangkat dan hadiah.

Dengan nada yang sedih dah pilu saya ingin bertanya,adakah dengan HANYA mengadakan pertandingan tilawah dapat mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti lebih kurang 1000 tahun dahulu???

PONDER UPON THIS!!!

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA