KLIK JANGAN TAK KLIK

15 Apr 2010

PESANANKU PADA TEMAN-TEMAN

   Saban hari saya selalu diminta oleh rakan-rakan  sama ada di alam maya (internet) mahupun di luar untuk memberi pendapat,menyelesaikan masalah.Setiap masalah,setiap pertanyaan adalah topik yang sama,tentang 'couple'.Walaupun saya sangat emosional dengan topik ini,namun demi menjawab soalan dan memberi pendapat,saya gagahkan juga.

  Memang saya langsung tak menafikan bahawa perasaan cinta,kasih,rindu itu semua adalah fitrah manusia.Tambahan pula dalam usia remaja.Benda-benda sebegini pasti akan wujud sama ada secara rela atau tidak rela.Tetapi adakah perasaan cinta,kasih,rindu remaja sekarang adalah sebenar-benar cinta?Kasih yang asli?Rindu yang suci?Atau hanya sekadar terkeliru dengan nafsu?

   Tidaklah menjadi kesalahan kita bercinta,tidaklah juga salah kita berkasih.Tetapi adakah atas nama cinta,atas nama kasih,kita menghalalkan perkara yang ditegah?Bermanja-manja,berpegang tangan,berdua-duaan?Boleh?...Biarlah kami pegang tangan,kami ni bercinta....Itu bukan cinta,itu nafsu.Kalau itu bukan cinta,cinta tu macam mana pula?Orang yang benar-benar bercinta mengikut syariat tidak akan sekali-kali menggadaikan agamanya.

    Jika saya ditanya,"Syafiqi,kalau hang pulak yang jatuh cinta,dan perempuan itu pun suka kat hang?macam mana?....Jawapan saya."Biarlah.Aku tau dia suka aku,dia pun tau aku suka dia.Sudahlah,tak payah nak SMS,tanya khabar,dating.Semua tu LUST ORIENTED,nafsu yang kawal.Kalau ada jodoh aku dengan dia,ada la.Aku percaya pada Allah.Jodoh aku semua di tanganNya."

     "Ish,tak seronoklah couple kalau tak dating,tak SMS." Itulah peranan syaitan.Meletakkan keseronokkan pada sesuatu yang di tegah.Menjaga iman sememangnya sesuatu yang amat sukar.Adakah kita hendak menggadaikan iman hanya kerana keseronokan yang sementara?

      Ingatlah,Anggaplah perasaan cinta ini sebagai satu ujian untuk menguji keteguhan iman kita.Jangan biarkan nafsu yang menjadi kenderaan bagi syaitan mengawal perasaan cinta yang setiap orang memilikinya.Percayalah pada jodoh yang semuanya telah ditetapkan oleh Allah.Jika benar 'si dia' akan menjadi pasangan kita,tidak akan ke mana.Dia tetap akan jadi milik kita.
 

5 comments:

hani kamil said...

ak sokong pe ko kata...berserah pada allah..biar dia tentukan semuanya..kita hanya berdoa yang terbaik...

hani kamil said...

ak setuju dgn ko...berserah pada allah...dia tentukan yang terbaik untuk hambanya...

hani kamil said...

ak setuju dgn ko...berserah pada allah..dia tentukan terbaik untuk kita..

insan yang ceria said...

huhuhu..terase nie..amboi..
hahaha...no komen ler,,

insan yang ceria said...

hurmm...hahaha,,,terase-terase...

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA