KLIK JANGAN TAK KLIK
11 Apr 2010
HILANGNYA JEMAAH
Semasa dalam perjalanan pulang dari manjung ke ipoh tadi saya sempat singgah di sebuah surau di seri iskandar untuk menunaikan solat fardhu zohor.Melihat di luar pintu surau saya tersenyum apabila terlihat begitu banyak kasut tersusun di luar surau."Alhamdulillah,ramai yang bersolat"...Maka hati ini pun berdetik,bolehlah saya berjemaah berjemaah sekali.Tetapi apabila saya masuk ke dalam surau,apa yang saya bayangkan di luar sebentar tadi terus berubah.
Keadaan beginilah yang saya nampak.Kecewa,itulah perasaan saya di saat itu.Rupanya inilah punca Islam kian lemah.Sedangkan dalam solat pun mereka tidak mahu bersama apatah lagi berjuang menentang musuh-musuh islam?Dengan rasa tanggungjawab,saya mengajak beberapa orang yang baru sampai untuk sama-sama berjemaah.Saya pun diminta untuk mengimamkan solat tersebut.
Setelah kami habis berjemaah saya memandang belakang.Sekali lagi kekecewaan menerjah hati saya.Masih ada lagi tidak mahu berjemaah walaupun jemaah telah ada.Sedih,amat sedih.Jika inilah sikap kita sekarang,tak hairanlah apabila orang islam senang diperkotak-katikkan.Saya tinggalkan surau itu dengan penuh rasa kecewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sy pown sedih jugak.. tp apakan daya..
masing2 m'punyai hal masing2.. kerana mahu cepat tuk melaksanakan tugas dyowng.. xelok mxm 2..pttnyer dlm solat la tmpt kte tuk dekatkn dri dgn ALLAH s.w.t.. dan solat mjd bekalan kehidupan di akhirat yg kekal abadi..
Post a Comment