KLIK JANGAN TAK KLIK

11 Dec 2009

ISLAM DAN MUZIK

     Adalah menjadi fitrah pada setiap insan inginkan hiburan.Muzik adalah satu elemen hiburan yang paling besar.Elemen muzik memang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia.

    Semasa sedang mendengar pembentangan daripada rakan kelas saya yang berkisar tentang muzik dan agama(pembentangan bebas yang tiada kaitan dengan jurusan yang saya ambil),saya mula berfikir,adakah Islam mengharamkan muzik?Adakah Islam yang syumul ini menafikan bahawa setiap manusia mempunyai fitrah untuk berhibur?

Pertama tama mari kita telusuri apa itu muzik......

    Mengambil definisi oleh rakan-rakan,muzik itu adalah sebarang bunyi-bunyian yang terhasil daripada apa jua medium termasuk  daripada kotak suara(Nyanyian).Sememangnaya muzik itu sangat luas.

Berbalik.Adakah Islam yang syumul ini menafikan bahawa setiap manusia mempunayai fitrah untuk berhibur?

    Hiburan seperti muzik merupakan hak batin manusia dan manusia mempunyai perasaan.Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak
tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala:
“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali
yang baik (syurga)”
Ali Imran : 14

    Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Di sinilah terpancarnya keunggulan Islam dalam memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di bumi Allah SWT yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui selok belok dan kehendak hambaNya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan olehNya
kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini.

FirmanNya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan
mengharamkan rezeki yang baik.”
Al-A’raaf : 32

FirmanNya lagi:
“Jangan kamu lupa bahagian kamu daripada kehidupan dunia ini.” Al-Qasas: 77
 

    Menjadi masalah pada zaman sekarang adalah muzik yang dimainkan pada era kini banyak berbentuk maksiat.Menari tanpa malu dan menyanyi tanpa batasan.

    Kesimpulannya,muzik tidak haram jika tiada unsur unsur kotor,jorok dan mengngundang syahwat.JADIKAN ISLAM ITU INDAH.
   

  

2 comments:

Unknown said...

Agak pendek hujahnya dalam perungkaian isu ini saudara. Bagaimana pula dengan pandangan keempat-empat imam madhab yang mengharamkan muzik sama sekali?

Bagaimana pula dengan model kehidupan islamik terunggul salafus soliheen yang langsung tidak ada kaitan dengan sebarang hiburan terutamanya muzik?

Sesungguhnya isu ini memang menarik pelbagai pendapat yang sama ada menyokong muzik sebagai hiburan halal arau sebaliknya. Saya sama sekali tidak menyatakan sama ada sesuatu itu halal atau haram berdasarkan ilmu yang terhad ini.

Bagi saya, ia bergantung pada individu. Jika individu itu mengambil langkah yang agak fleksibel untuk mendengar muzik yang dikira sebagai halal dengan tidak memasukkan unsur-unsur haram ke dalamnya, maka itu mungkin cukup baik untuk mengahalalkannya.

Dan pada hujung spektrum yang satu lagi adalah golongan yang mengikut contoh-contoh yang telah dimanifestasikan Rasulullah saw dan para salifus soliheen dengan mengasingkan diri daripada muzik.

Kehidupan ini adalah satu ujian. Motto "To live life to the fullest through the occidental values such as enjoying every moment for to live is only once" adalah tidak tepat sama sekali.

Saudara,
dari sudut pandangan peribadi saya, apabila saya menikmati muzik umpamanya, saya akan terfikir tentang bagaimana tindakan ini sebenarnya menghalalkan perbuatan yang lara yang dilakukan oleh orang lain. Lantas ia akan menimbulkan hipokrisi dalam diri sama ada terhadap metodologi dakwah yang sebenar atau pengikutan sunnah Rasulullah saw.

Apa yang pasti saudara, muzik adalah baiknya dibiarkan sahaja untuk dinikmati mereka yang beranggapan bahawa kehidupan tanpanya adalah membosankan dan tidak produktif.

Semua yang baik datang daripada Allah swt dan yang buruk adalah dari kekurangan diri saya sendiri.

Allah maha mengetahui.

Assalamualaikum

Mohd Syafiqi Zakaria said...

wa'alaikummussalam....seperti yg telah saya kata pada akhir blog saya,tidak salah jika muzik itu sendiri jikalau tanpa unsur2 haram...Jika muzik itu digunakan utk kebaikan,ianya tidaklah menjadi salah..Tidak dinafikan sememangnya muzik akan mengundang lagho.Oleh itu kita seharusnya menggunakan muzik sebagai method dakwah yang berkesan..Kerana manusia mempunyai fitrah yg suka akan bunyi bunyian yg enak..Kita gunakan apa yang manusia suka sebagai cara kita menyampaikan risalah kebenaran....
wallahu 'alam

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA