KLIK JANGAN TAK KLIK

27 Dec 2009

SETIAP MANUSIA ADALAH DA'IE

1)"Ahh...aku pon bukannya baik sangat,nak tegur orang"
2)"Ala...ramai lagi org yang pandai pandai dalam agama...biarlah mereka yang tegur.."

     Ada juga yang mengatakan mengapa perlu jadi 'busy body'...Tak perlu jaga tepi kain orang...biarkan saja..Adakah kita semakin menjadi manusia yang nafsi nafsi (individualistik)?.Mementingkan diri sendiri?

APA YANG MEREKA FIKIRKAN?

    Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

    Bagi saya,tugas menegur dan berdakwah bukanlah tugas ustaz ustaz semata mata.Setiap manusia adalah da'ie yang wajib menegur jika terlihat kesilapan dan kesalahan.Dan wajib juga mengajak manusia ke arah kebaikan.

    Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Menjadi fitrah manusia iaitu selalu lupa dan terburu buru.Jadi kita harus ingat mengingati antara satu sama lain.Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran.

   Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

   Siapakah golongan itu?Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

   Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

   Jadi...Apa termenung lagi?Allah melihat segala usaha baik yang kita lakukan.Teruskan berdakwah...

No comments:

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA