KLIK JANGAN TAK KLIK

30 Aug 2010

Maher Zain- PENCETUS FENOMENA



  Seperti yang diketahui umum, saya sememangnya seorang penggemar nasyid yang melampau. Tapi dalam beribu-ribu nasyid yang telah saya dengar dan saya hafal, saya paling tertarik dengan lagu yang disampaikan oleh Maher Zain. Pertama kali saya mendengar lagu-lagu daripada beliau, saya terus jatuh cinta dengan kelunakan suaranya dan lagu-lagunya. Ini serba sedikit mengenai biografi Maher Zain yang saya dapat dari facebook.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “. "
   Sesungguhnya Maher Zain adalah satu fenomena dalam dunia muzik bukan saja di Malaysia malah di dunia!
Muzik saya bukan untuk orang Islam saja tetapi ia memang Islamik - Maher Zain

Majulah hiburan mendidik jiwa~~~~



No comments:

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA