Ketika saya sedang menulis artikel ini,saya masih lagi dalam keadaan kaki yang bersimen gara-gara kemalangan yang melibatkan motorsikal saya dengan sebuah Toyota Hilux semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampung di manjung...(memang ganas)...Keadaan saya tidaklah seteruk mana,cuma tulang Tarsal (buku lali) saya patah yang membolehkan kaki saya disimen untuk tahap yang pertama.Doktor telah memberi saya cuti selama 12 hari (sehingga 22 jun).Itu hanya MC untuk ke kampus dan saya tidak pernah mengambil cuti untuk menulis blog dan melayari internet.Kerana dunia maya adalah 'jiwa' saya.
Tetapi bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini...Percayakah anda pada pantang larang?
Begini ceritanya.. Semasa saya hendak pulang ke kampung saya telah singgah untuk membeli minyak burung bubut untuk digunakan oleh ibu saya atas nasihat saya kerana minyak ini adalah minyak serbaguna untuk disapu bagi mengubat sakit otot,tulang dan bermacam-macam lagi..Ini adalah kali pertama saya membeli minyak itu.Sebelum ini saya langsung tidak pernah menggunakan minyak tersebut.Belum sempat saya sampai ke rumah,saya telah terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang buku lali saya patah.
Setelah kaki saya disimen dan diberi MC,saya pulang ke rumah.Tanpa bersuara bapa saya memberi sebuah buku untuk saya baca dan telah dibuka muka suratnya sekali..Hal ini kerana ayah saya ternampak saya membawa pulang minyak bubut di dalam beg plastik...
Saya agak terkejut dengan artikel yang saya baca itu...Inilah kali pertama saya membeli dan memiliki minyak bubut.Dan saya telah mengalami patah pada buku lali saya..Saya memang yakin ini adalah kebetulan dan kebetulan ini agak mengejutkan.Saya mengalami patah ketika saya hendak balik ke manjung sambil membawa minyak bubut untuk diberi kepada ibu saya.
Khatimah....
Segala yang terjadi pada saya bukanlah disebabkan kepercayaan ataupun kuasa minyak bubut itu.Ini semua cuma kebetulan dan atas kecuaian saya sendiri.Adakah burung boleh mendatangkan bala pada manusia?Semua itu tak masuk akal.Seperti firman Allah...
فَإِذَا جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَذِهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُوا بِمُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَلَا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
"Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: Ini ialah hasil usaha kami dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. "
[al-'Araaf : 131]
Jadi..Kesimpulannya bukanlah minyak bubut yang menjadi punca kemalangan yang menimpa saya.Semuanya hanya kepercayaan orang dahulu yang patut dibuang jauh-jauh....
Wallahu 'Alam....
No comments:
Post a Comment