KLIK JANGAN TAK KLIK

23 May 2010

~AKANKU CERITA PADAMU~

Akanku ceritakan padamu tentang hal itu...

~Dalam diriku aku langsung tak kenal dan tak mahu mengenali apakah ia...Tapi mengapa ia datang mendekat?Aku cuba menafikan ia namun hanyalah sia-sia...Mereka selalu bertanya tentangnya padaku dan aku selalu memberi pendapatku tentangnya.Tetapi dalam hidupku,aku tak pernah merasai hal itu..Aku sangat mengerti ia adalah fitrah~

     ~Ahh,Cinta.Cinta dan Cinta! Tak kan pernah putus.Terutama dari bualan sang teruna dan si dara. Tak kan lepas dari kalimat yang terbalut kemas dihadiahkan oleh seorang pencipta. Terbukti dengan perlakuan sang pencinta itu sendiri.

     Mengapa apabila kita terlihat kalimah cinta,dalam fikiran kita hanya terbayang cinta si teruna dan si dara.Atau mungkin cinta itu dipanjangkan lagi dengan hubungan yang kononnya "islamic" mahupun yang disulami dengan kemaksiatan.

Jadi???Apa makna cinta?

   Mustahil untuk aku menceritakan apa itu cinta.Tapi kita akan telusuri sifatnya kerana cinta itu umpama iman yang tersembunyi dalam hati dan buktinya terserlah pada setiap gerak geri dan perlakuan.Pada setiap langkah yang bertapak dan seluruh nafas yang dihembus.

   Dan pada cinta itu wujudnya pengorbanan.Pengorbanan yang cukup hebat.Yang sanggup memberikan nyawa dan segala yang punya.Kerana cinta itu sifatnya pengorbanan.Majnun menjadi gila kerana Laila.Oleh sebab cinta si ibu bertarung nyawa untuk membolehkan anaknya melihat dunia,si ayah memerah keringat memberikan anak-anaknya keselesaan.
    Dan kerana cinta, Hassan Al Banna terkorban kerana ditembak.Kerana cinta jugalah Syed Qutb syahid digantung.

ADA BEZA CINTA HASSAN AL BANNA DENGAN CINTA SI MAJNUN.....

   Pada cinta juga terletaknya nikmat.Kenikmatan yang luar biasa.Kerana sifat cinta itu nikmat,si gadis menyerahkan segalanya.Lari dari rumah demi bertemu yang dicinta.Memutuskan hubungan dengan ibu ayah untuk menjalinkan hubungan dengan si teruna.
   Kerana nikmat juga Yusuf AS memilih kehidupan penjara.Kerana nikmat juga Muhammad SAW tidak berhenti berjuang.

ADA BEZA NIKMAT CINTA YUSUF AS DENGAN NIKMAT CINTA SI GADIS....

   Akan aku jelaskan cinta yang kau pegang dengan cinta yang aku pegang.Dan aku mahu cinta yang kau pegang juga sama seperti yang aku pegang.

   Bagi aku bezanya cinta adalah pada dasar cinta itu sendiri.Pada apa yang kita pegang.Cinta si Majnun dan si gadis adalah didasari dengan dasar manusiawi.Ditolaknya oleh Laila cinta si Majnun,gilalah si Majnun.Terlekanya si gadis dengan nikmat cinta,hancurlah si gadis.
    Pabila cinta itu didasarkan dengan cinta Allah yang menjadi sumber kepada cinta itu sendiri,Syed Qutb berani berhadapan dengan tali gantung demi berjumpa dengan yang dicintainya iaitu Allah itu sendiri.Yusuf AS sanggup menolak nikmat yang sementara di dunia demi nikmat yang kekal di akhirat.

   Setelah cinta itu meletakkan Allah sebagai dasar,segalanya akan menjadi indah andai seksaan yang kita tempuh di dunia.Segalanya megah dan tinggi walaupun susah dan payah mengharung jalan oleh sebab dia tahu Pemilik yang dicintanya ada menantinya.

   Aku tidak menentang kecintaanmu pada manusia kerana aku juga ada perasaan cinta itu pada hati ku.Tetapi aku mahu kamu meletakkan cintamu pada tempat yang benar dan hak. Aku ada dasar cintaku.Kamu??~~ 

No comments:

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA