"You orang melayu ah, memang kena hari-hari itu pergi sembahyang ke? Kenapa i tengok itu sembahyang macam sangat penting pada orang melayu?" Tiba-tiba Ah Hao bertanya soalan itu kepadaku sedang kami belum habis berbicara tentang sales untuk dapur Sugawa mereka.
Sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke tingkatan 5, persekitaran aku memang berada dalam kawasan melayu. Waktu itu aku memang tidak mempunyai rakan daripada kalangan bangsa lain. Oleh sebab itu aku seperti tidak pandai untuk memulakan perbualan dengan mereka.
Sehinggalah aku melangkah ke alam IPT, aku mula mempunyai ramai rakan daripada bangsa lain dan tembok pemisah "kebangsaan" yang ada dalam diriku itu mula sedikit sebanyak retak dan runtuh.
"Actually ah Ah Hao, sembahyang memang sangat penting untuk orang Islam. Bukan orang melayu saja. Dalam Islam, kami adalah hamba kepada tuhan iaitu Allah. Allah yang cipta semua yang ada kat bumi dan juga yang ada kat langit sana. Jadi sebagai hamba kepada Allah, kita kena ikut apa saja yang Allah suruh kita buat ma." Aku menjawab ringkas pertanyaan Ah Hao tadi.
"Sehari lima kali kan? Woo, orang Islam tak ada freedom la kalau macam ini. Kami orang ah, buat apa saja yang kami nak buat. Manusia ma, mesti mau bebas." Setelah mendengar jawapanku, Ah Hao membidas.
"You duduk dalam Malaysia ada undang-undang. You bawak kereta nampak lampu merah you berhenti. Kalau you jalan jugak masa lampu merah, apa jadi? You kena saman kan? Sama la, you duduk atas bumi ini Allah punya, you kena ikut peraturan Allah la." Aku hanya menjawab dengan santai.
"But still, orang Islam tak bebas." Ah Hao tetap berkeras dengan pendiriannya.
"Ok. Dalam agama you kan, ada tak you kena sembahyang?" Kini aku pula menjawab Ah Hao dengan soalan.
"Ada. Kami sembahyang untuk nenek moyang kami yang dah mati la. Tapi i dah lama tak buat itu semua." Dia menjawab ringkas.
"Kenapa you dah lama tak sembahyang? You tak ikut peraturan agama you ke? Aku mendorong dengan soalan lagi.
"I tak suka la itu sembahyang semua. Lagipun i tengok semua orang pun tak sembahyang. Sama saja. Kalau i betul-betul sembahyang, i jadi sami la. duduk dalam tokong." Ah Hao menjawab. Kali ini nada sedikit tinggi.
"Itu sami sembahyang macam mana? Kenapa you tak nak jadi sami?" Soalanku diteruskan.
"Itu sami teruk ooo, kena kasi botak kepala. Hari-hari sembahyang. Makan pun kena sekat. Minum arak tak boleh. Nak kahwin pun tak boleh." Ah Hao menjelaskan sekadar yang dia tahu.
"Kalau macam tu memang sangat teruk la. Kenapa ada beza antara sami dengan bukan sami? Sami tak boleh kahwin tapi orang biasa boleh kahwin. Kesian la dekat sami. Dia banyak sembahyang tapi dia tak boleh kahwin. Tak adil la kalau itu macam. Sami dapat banyak pahala sebab banyak sembahyang. tapi orang biasa tak sembahyang macam mana pulak?
"Dalam Islam, semua orang tak ada beza. Ustaz ke, doktor ke, penganggur ke semuanya sama. Sembahyang lima kali sehari, kalau tak sembahyang dapat dosa. Ok, orang kuat agama dalam buddha kiranya sami la dan dalam Islam tak ada sami. Tapi untuk buat perbandingan dengan you, kita ambil ustaz atau Tok Guru lah sebagai contoh. Ustaz, Tok Guru tu adalah orang yang belajar agama Islam dan mengajar agama Islam.
"Sami tak boleh minum arak, ustaz pun tak boleh minum arak. Sama. Sami tak boleh main judi, ustaz pun sama. Sami tak boleh makan haiwan (vegetarian), ustaz boleh makan haiwan kecuali yang haram macam babi. Ustaz menang. Sami tak boleh kahwin, ustaz boleh kahwin, satu, dua, tiga atau empat kalau dia nak ma. Tengok, ustaz menang lagi. Dalam Islam, ustaz ke, bukan ustaz ke, sama saja. Peraturan sama untuk semua orang Islam.
Aku menyambung. "Islam ada peraturan, you punya agama pun ada peraturan. Ada juga orang Islam yang tak ikut peraturan sebab mereka nak bebas macam you. Bila tak ikut peraturan, kena saman lah dengan Allah. Dapat dosa. Tapi kalau you pun ikut peraturan agama you, you lagi tak boleh bebas ma. Kalau mau banding peraturan agama you dengan agama islam, agama islam lagi bebas. Kan?" Ah Hao hanya mengangguk setuju.
"Lagi satu i mau tanya. Itu orang perempuan Islam kena pakai tudung semua, tutup badan. Kesian la kat mereka." Seperti mahu meleraikan kekusutan yang bersarang dalam kepalanya, dia menambah pertanyaan.
Aku tersenyum sambil mengutarakan satu kes yang pernah aku dengar daripada Dr. Zakir Naik. "Ada dua perempuan kembar, dua-dua pun sangat cantik. Mereka berdua jalan di satu lorong. Tetapi salah seorang daripada mereka berpakaian terdedah dan sangat seksi dan lagi seorang memakai pakaian yang sopan dan tertutup. I nak tanya you sebagai lelaki, you lagi suka nak ganggu perempuan yang mana. Yang seksi ke atau yang pakai tudung?"
"Mesti la yang seksi meh." Pantas dia menjawab.
"Tu la hebatnya Islam. Allah yang cipta manusia ma. Allah tau macam mana nak jaga manusia. Allah suruh perempuan pakai baju yang tutup aurat sebab Allah tau perangai lelaki macam mana. Allah mau jaga perempuan ma." Aku meneruskan bicaraku dengan memetik ayat alquran dari surah al Ahzab ayat 59.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
"Ooo macam tu. Ok i dah faham la sekarang. Kalau you tak cerita dekat i memang i tak akan tahu semua ini. I sebenarnya takut nak tanya dekat orang melayu pasal benda-benda macam ini. Dulu ah ada kawan i tanya soalan agama dekat satu melayu, last-last dia kena marah balik dengan itu melayu." Ah Hao bernada sedikit terkilan.
Aku terkedu dengan kata-kata Ah Hao. Mengapa perlu orang melayu bersikap sebegitu terhadap bangsa/agama lain? Mengapa perlu menganggap isu agama dan perkauman sebagai isu sensitif dan menjadi taboo kepada diri sendiri?
Selama berpuluh-puluh tahun kita hidup bersama dalam sebuah negara, kita seharusnya mampu menjelaskan kepada mereka yang bukan Islam tentang apa sebenarnya Islam supaya tiada lagi antara mereka yang salah sangka dengan Islam. Tapi kita sendiri yang membuat mereka lebih keliru dan jauh dengan Islam. Adakah sikap kebangsaan yang ada dalam diri masing-masing menjadi tembok pemisah sehingga melihat bangsa atau agama lain dengan pandangan kebencian? Perlu diingat, mereka mempunyai hak untuk belajar tentang Islam daripada kita. Mengapa kita menafikan hak mereka?
Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 8.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”.
Khatimah...
Ingatlah, sebagai umat Islam yang berada di bumi Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkenalkan Islam kepada mereka yang belum kenal Islam. Walaupun ilmu kita tentang Islam itu hanya sebesar biji sawi, sebesar biji sawi itulah yang perlu kita sampaikan kepada mereka. Kalau bukan kita yang membawa agama kita kepada mereka. Siapa lagi?

Ah Hao tekun menulis perkataan melayu baru yang dipelajarinya. |