KLIK JANGAN TAK KLIK

10 Mar 2012

Bina Impian Seiring Syariat

 Lelaki : Awak, ada sesuatu saya nak beritahu pada awak. Saya harap awak terima. Saya rasa kita tak boleh teruskan hubungan kita begini.

Perempuan : Maksud awak? Kita putus?

Lelaki : Kalau ada jodoh, kita tetap akan bersama. Saya serahkan pada takdir.

Perempuan : Kenapa dengan awak ni? Kita dah berjanji nak hidup bersama, kita bina impian, kita rancang macam-macam. Tapi kenapa awak nak putus? Apa salah saya? Awak dah tak sayang saya lagi ke?

Lelaki : Awak tak salah. Soal perasaan sayang saya pada awak, biarlah saya dan Allah yang tahu. Selama ini kita bukan membina impian,tapi membina angan-angan. Dalam masa yang sama kita runtuhkan syariat. Kita buang agama.

Perempuan : Saya sayangkan awak! Jangan tinggalkan saya..Please...


Lelaki : Awak, saya tahu awak sayangkan saya. Saya juga sayangkan awak. Tapi itu sahaja tak cukup. Hubungan kita juga perlu diberkati dengan kasih sayang Allah. Kalau kita terlalu leka sehingga batas agama diketepikan, mana mungkin akan wujud kasih sayang daripada Allah untuk hubungan kita? Mengapa kita membina angan-angan dalam keruntuhan prinsip agama?

Perempuan :......

Lelaki : Awak, biarlah kita jauh. Jika telah tertulis awak milik saya, awak akan tetap kembali pada saya. Jika suatu saat awak bertemu jodoh dengan lelaki lain. Itulah jodoh awak. Saya sentiasa mengharap kebahagiaan awak.

   Si gadis pergi dengan deraian air mata yang tak mampu lagi ditahan. Dia melangkah lemah hingga hilang daripada pandangan si lelaki.

Lelaki : (Dalam hati).. Aku sayangkan kamu tapi aku lebih sayangkan agamaku. Akan ku bina segala impian kita selama ini dan saat aku telah berjaya capai semuanya, aku akan pulang mencarimu..Aku harap saat itu ada untukku. Amin~


* Jika mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia kembali, dia adalah milikmu. Jika dia tidak kembali, dia bukanlah jodohmu.

Islamic Calendar

SAHABAT

BUKAN KERNA NAMA